nuffnang

Wednesday, July 31, 2013

cerita menu : sambal tumis sotong

salam..

da makin hujung2 ramadhan ni kenapa la sikap pemalas ni tahap max.. geram betol la.. nak mengambil gambar tu malas betul.. nak masak pon sama malas.. klu boleh nak buat sesimple mungkin.. tapi encik suami iolss yang nak makan so kena bertabah la masak bagi sedap juga.. encik suami iolss suka makan yang ai masak.. katanya air tangan isteri pengerat kasih sayang suami isteri.. betol ke nih?

tapi aku syukur Alhamdullilah sebab masih ada kekuatan dan semangat nak masak setiap hari walaupon pemalas tahap gaban.. walawehhhh.. ko jangan nak pemalas sangat iza oi?? ko tu da berlaki rajin2 sket..

pemalas aku pon tetap ada semangat okeh.. buku resepi tetap gigih beli. masaknya ntah bila.. wekkkk!!! aritu pejabat aku ada buat jualan Puspanita.. ada satu gerai jual majalah masakan.. aku gigih berejam membelek buku masakan taw.. orang lain sibok dok shopping raya.. aku nan hado.. ngadap buku resepi lagi syok meh.

terpanjang plak aku membebel kan.. dah kata nak cerita pasal menu udah apa pasal pegi berleter panjang benor ni.. dah tu moh le cerita pasal menu kita saya..

okeh makcik2 pakcik2 sumenya kita masih bertemu lagi.. kali ni chef iza nak cerita pasal masak sambal tumis sotong yang senang ala makan sate.. phewwww!!!

sambal tumis sotong

bahan-bahan :-

hirisan bawang holland
cili giling
garam
minyak
sotong dalam 2 ekor besar
serai
penambah perisa** aku biasa guna jenama hilal.. aku jek sket ajinomoto.. 

cara-cara :-

tuangkan minyak dalam kuali.. masukkan hirisan bawang holland.. biakan wangi seketika
masukkan cili giling.. tumis sampai pecah minyak.. menandakan cili korang betol2 masak..
bila da pecah minyak masukkan plak sotong.. tunggu sampai air sotong tersejat sket..
pastu masukkan garam, serai dan penambah perisa..
dah siap dan boleh hidang..

see senang kan sambal tumis sotong ni.. encik suami ai is suka.. puji.. dia tukang mengabiskan sotong tu.. siap pesan next time masak lagi taw.. klu makan ngan nasi lemak bes ni katanya.. ai terus kembang semangkok..

oke la nak creta ni je.. tak mow bebel panjang sebab tangan da letih menaip ni.. byeee!!!

nota chomell: aku dah cuba resepi cheesekut yang famous amos di kalangan blogger gojes.. nanti aku up entri ni okeh.. sumpah sedap gilos weh.. encik suami dan anak bujang suka.. 

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥