nuffnang

Friday, May 31, 2013

santapan rohani #5

sumber: encik google gojes

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Thursday, May 30, 2013

runsing dengan beby rizqin

salam gojes blogger

serius weh daku tengah runsing teruk ni.. beby rizqin sekarang ni susah benar nak tido malam. kerap sangat dia terjaga pastu merengek2.. nak aku peluk erat2 sambil tepuk2 dodoi tambah sket zikir baru dia nak tido.. tu pon ada dalam 1 jam lebih dia tido pas bangun balik merengek2 minta didodoikan sekali lagi

aku syak dia nak tumbuh gigi sebab ailio asek menitik je.. kat gusi pon cam ada nampak bayang2 putih . sakit denyut2 la aku agak. yela nak pecah gusi kan.. mmg merengek je la anak aku tu.. asal aku bagi teething rusk.. memang asek nk gigit kuat2 rusk 2.. kesian sangat daku tengok..

tido malam dia skrang pon da tak smooth mcm selalu.. kesian weh.. bila dia merengek aku ni as ibu mmg tak bole nak pejam mata.. mesti nak perhatikan apa yang beby rizqin nak buat.. tergolek sana tergolek sini.. bila aku angkat n dodoikan br la dia diam..

muka beby rizqin mmg nampak sngat letih..

ni antara TANDA-TANDA AWAL PERTUMBUHAN GIGI.
Simptom-simptom yang berlaku adalah:-

1 Gusi si manja terasa sakit atau bengkak


2 Akan timbul kemerah-merahan di pipi si manja anda

3 Tanpa anda sedari juga akan terdapat perubahan pada sistem pencernaan usus (yang ni mmg aku sangat perasan sb poo poo dia tak selancar macam dulu.. anak aku tak pena kena  sembelit)

4 Ruam lampin akan sentiasa berlaku

5 Si manja akan sentiasa terjaga dari tidur di waktu malam (lately ni mmg beby rizqin slalu sgt terjaga dari tido)

6 Terdapat ruam pada muka dan dagunya

7 Sentiasa ingin menggigit alat permainan dan jarinya sendiri (hoiii ni jgn ckp la.. aku rasa sume benda mesti dia nak gigit.. paling bes dapat ibu jari kaki.. apakah??? (T_T) pitam sat)

bila dah ada simptom mesti kena cari cara merawat. merawat itu penting. tak kan nak tengok anak kita cm tu je kan


so CARA MERAWAT SIMPTOM.
Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan bagi mengurangkan ketidakselesaan si manja anda:-

Buah-buahan
Berikan si manja anda dengan lobak merah, timun atau kepingan epal dalam bentuk jejari yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk utnuk dikunyah. Cara ini dibuat kerana eleman sejuk ini sebenarnya mampu untuk memberikan sedikit kelegaan kepada gusi si manja anda.
(ai is tak bagi buat sb aku mmg standby teething rusk kat uma.. rizqin lagi gemar n lagi kuat dia ketap rusk tu)

Gel
Ada juga sejenis jel-jel yang tertentu yang dapat membantu merangsang pertumbuhan gigi si manja. (gel ni aku ada beli gak. tapi dia kurang layan la, kadang2 dia cari gak.. hehehe)

Perhatian
Dakaplah si manja dengan belaian yang menyenangkan agar si manja anda melalui hari-harinya dengan rasa bersemangat sekali. (yeszz mmg ni yang aku akan buat untuk beby rizqin. bila aku pelok n dodoikan.. homey2 kemain suka dia.. tido terus.. aura ibu tu lebih buat dia rasa selesa)

ibu sentiasa berdoa agar gigi beby rizqin cepat tumbuh. ibu tak sanggup tengok rizqin tido malam tak cukup n sentiasa merengek2 je 

nota chomell: mommies sekalian apa yang korang wat ms anak korang baru nak tumbuh gigi? sharing caring sket..

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥


Wednesday, May 29, 2013

wordless wednesday #9 lunch arini

sumber : encik google

arini hanya mampu lunch megi kari je
alkisahnya aku da tak berselera nak makan nasi ler
sume yang sama je
muak,, cemuih :-(

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Tuesday, May 28, 2013

masih mencari mood lagi

salam sume gojes

untuk 2 3 ari ni entri mmg tak menentu
banyak yang tergendala
sume kena backdated ler

aku masih mencuba memanggil lagi mood untuk menaip panjang
entri pasal bff wedding n pasal haaris rizqin

sume aku tangguhkan
kepala otak pk nak pegi bercuti jek
bercuti??? ntah jadi ke tidak kan

if jadi, insyaAllah lokasi akan ku nyatakan nanti
negeri yang kaya dengan keindahan pantainya
org2nya insyaAllah baik-baik belaka

nota chomel: opis kosong.. sume ke Terengganu terlibat dengan BPK 2013.. daku terkecuali.. tskkk.. ado ank kecik tak kose nak tinggalkan dia

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Monday, May 27, 2013

monday blues

salam
tiap kali tiba ari isnin mcm ni la ragamnya
mesti tak de mood nk menaip panjang
padahal tue aku ade creta nak dikongsikan

tunggu hingga mood menaip entry pepanjang datang balik yer

:-(

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Thursday, May 23, 2013

entri merepek sket

salam semua

sebenarnya aku tak taw nak taip entri pasal apa.. mood nak bercuti kan.. cuti wesak day kata ko.. kat pejabat sume feeling2 nak cuti weh.. ada siap amek half day bagai lagi.. aku nan hado.. tetap pukul 5.30 juga pacak kua dari opis ni.. balik awal pon tataw apa mau bikin.. dok pejabat je la semakan diri.. 

disebabkan sok cuti wesak day.. aku dah planning kemana harus pegi.. aku terhutang nak beli hadiah wedding my bff forever yang akan kawen ari sabtu.. im sure mesti u akan nampak gojes babe.. akhirnya smpai jugak ko ke jinjang pelamin.. kawan susah senang bersama.. yang sentiasa kami bersama study kat poli jb.. now da nk end single life wif somebody yang dicintai.. tak mow creta panjang.. aku akan buatkan entri pasal wedding bff ni.. ekceli ada 2 wedding yang harus aku tujui ari sabtu.. huishh rezeki manyak murah.. Alhamdullilah

tengok da lari dari yang asal.. mulanya kata malas nak taip kan tap berjela gak aku menaip.. so nak stop sampai sini jela.. da nama pon malas kan.. sory hehehehe

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Wednesday, May 22, 2013

Tuesday, May 21, 2013

mood ke laut wehhh!!!

tak de mood nak update blog pjg2
selsema is coming back
berjangkit dari encik suami
nk bernapas pon susah..
ohoiiii

pegi ler jejauh wahai penyakit
daku tak ingin kamu dekat

nota chomel: da makan ubat tapi masih lom oke lagi.. tak mow berjangkit ngan putera kecik jek

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Monday, May 20, 2013

kentut dalam b.i

monday blues.. ohoiii.. mmg penyakit "m" ni akan menular juga akhirnya.. padahal banyak benda yang nak diceritakan ms hari sabtu dan ahad aritu.. nak menaip pepanjang tu la yang tak ku gagah.. acaner ni??

dialog kelako ni aje yang aku nak share ngan korang.. hehehe.. :)

Udin : Pak... apa maksud kentut dlm bahasa inggeris?
Pak: "Wind of change"
Udin : Kentut yg x b'bunyi?
Pak : "Sound of silence"
Udin : Kentut yg ada ampasnya?
Pak : "Dust in the wind"
Udin: Kentut yg x d sengajakn gitu?
Pak : "Careless Whisper"
Udin : Kentut yg t'himpit?
Pak : "please release me"
Udin : Kentut yg bau bangatttt?
Pak : " Killing me softly"
Udin : Kalau kentut yg beracun?
Pak : "Don't speak"
Udin : Kentut malam hari?
Pak : " Wonderfull tonite"
Udin : Org yg sering kentut?
Pak : "Someone like u"... ...

hahahahaha...

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Thursday, May 16, 2013

janji dan sumpah iblis terhadap wanita

salam khamis blogger sekalian.. arini manyak syiok sket.. sb esok ari jumaat meaning ari terakhir keje.. so macam ada semangat sket la kan. meh ler layan entri bermanfaat ni..

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Tuesday, May 14, 2013

kemanisan rumahtangga- 10 tips patut dipraktikkan

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga.

Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya.
Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif.

Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan sepuluh tips berikut:

1.Ciuman- Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2.Cincin perkahwinan- Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.

3.Makan malam atau bercuti- Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

4.Perubahan- Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

5.Adab- Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

6.Lemah-lembut dan berbudi bahasa- Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

7.Hadiah- Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.

8.Senyum- Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.

9.Sentuhan- Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

10.Impian- Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.Anda pasti ingin dihargai dan menghargai. Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda.

Selamat mencuba!! SEMOGA RUMAHTANGGA ANDA BAHAGIA...

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Monday, May 13, 2013

Mom & Baby Expo di Mid Valley 2013

salam isnin
(agak blues2 sket)

entri kali ni aku nk creta pasal aku pegi beby expo kat Mid Valley.. gila hokeh.. besa kemain lagi.. aku jadi jakun patblasaat jap.. tak pena aku jejak kaki ke sana.. untung laki aku tolong bawakan.. nek train oke.. aku suka.. aku suka.. yang ruginya aku tak bawa anak kecik aku.. tinggai kat umah pengasuh.. bukan sengaja hokeh.. pengasuh yang request... takut rindu cucu katanya..

ni rupa tiket retapi yang aku dan encik suami naik

ekceli.. ni 1st time aku pegi beby expo dan apa yang aku boleh cakap oke je la.. target yang aku nak beli tak dapat dipenuhi.. booth drypers and dutch lady tak der.. nages hokeh.. aku da aim nak borong drypers n susu rizqin.. xdapek hokeh.. 

antara yang aku beli kat beby expo ialah :-

1) baju buat pakai harian n jenjalan


2) ni nestum rizqin wat sarapan pagi. mangkuk biru dan 2 sudu putih dapat free yer


3) kat booth pureen aku hanya dapat beli losyen dan bedak ni je


4) cawan ni beli kat booth fiffy.. bia rizqin nak minum air putih senang sket..


penat-penat pegi ni je yang dapat beli.. oke tak per pas ni nak pegi serbu pureen warehouse plak.. mesti lagi banyak benda yang aku bole grab. si ibu sila belajar bersabar tunggu next expo yang lagi meriah gemilang hokeh.

pas je aku bershopping kat beby expo tetiba mata tajam ibu muda ni terpandang Daiso Japan.. huish kemain sakan aku menarik tangan laki aku ajak masuk.. ape yang bes kat daiso ni? barang2 dia ler.. barang2 umah dia mmg sempoi abis.. kan rakyat jepun suka idop dalam senang lenang. tak nak yang memenatkan kepala otak.. so dia akan create barang yang mudah untuk digunakan.. 

banyak juga la yang aku tapi tak sempat nak ambik gambar.. encik suami da tolong kemas bawa ke dapor. antara yang aku rembat ialah periuk kecik, hammer serbaguna, alas kaki, nursing botol brush, whisk, potato mashed and banyak lagi weh.. da tak boleh wat list ni.. paling bes next time suami ajak pegi lagi.. bab ni yang aku suka dengar :-) 

nota chomel : bila nak ada pureen dan pigeon warehouse sales ni??? nak cuba bandingkan dengan mother & baby expo ni.. apa kurang dan lebihnya..

salam sayang selamanya 
ibu rizqin ♥♥

Thursday, May 9, 2013

antara soklan2 sengal yang membuatkan orang benggang

yabedabeduuuu,, arini khamis weyh,, arini last keje.. sok aku cuti.. kan aku cakap nak pegi mid valley kat entry {KLIK SINI} ni yang jadi tak menyabar sesangat ni.. macam2 yang plan nak beli untuk si kecik rizqin. paling aku excited tuh laki aku ajak pegi naik train.. lama dah aku tak naik train.. ni kira nak berlatih kaki jalan jauh balik ler.. last jalan kaki masa zaman bujang weh.. tiap hari pegi keje naik bus. dan tiap kali tu kena menapak weh.. sadis sungguh.. 

tak mow cakap panjang moh ler layan dialog kat bawah ni..

1) BILA ORANG NAMPAK KAU BARING TUTUPMATA ;
S : Kau tidur ke?
J : Tak lah , aku tengah training macam manenak mati nanti.

2) KAU BAWAK TV YANG ROSAK JUMPA TECHNICIAN UNTUK DIREPAIR ;
S : Ye? Nak repair tv ke?
J : Tak lah , aku bosan! Saje laa aku bawak tv ni jalan².

3) TIME KAU BARU BANGUN TIDO ;
S : Kau dah bangun?
J : Ish tak laa , aku tengah tido sambil jalanlaa.

4) KAWAN KAU CALL PHONE UMAH KAU ;
S : Weyh mane kau sekarang?
J : Sini , kat bus stop!

5) ORANG NAMPAK KAU KELUAR DARI BILIK MANDI BASAH² SAMBIL PAKAI TOWEL ;
S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ade, aku jatuh dalam lubang jambantadi!

6) PUKUL 7 MALAM , KAU BUKAK PINTUUMAH , BARU BALIK DARI KEJE ;
S : Hai , baru balik keje ke?
J : Tak lahh , baru nak pegi nih!

7) KAU KAT DALAM TOILET, PINTU BERKUNCI, ADA ORANG KETUK PINTU ;
S : Ada orang tak?
J : *suara kiut* Mane ade orang. Taik yangtengah bercakap ni

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Wednesday, May 8, 2013

wordless wednesday #6 imam muda haaris rizqin

imam muda junior ibu
jadi anak yang soleh 
jadi anak yang menghargai kedua orang tuamu
anak yang sentiasa kuat, tabah dan cekal
moga segala kebaikkan akan Allah limpahkan kepada imam muda ibu yang comel

:-)

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Tuesday, May 7, 2013

meatball abg burn mmg terbaek !!!!!

nampak tak tajuk di atas.. dengan gigihnya mengajak encit somi pegi makan.. niat asal nak pegi beli barang dapo.. da nama pon satu jalan ape lagi wajiblah singgah ke jajahan abang burn ni kan. aku pegi yang dekat nilai.. sebabnya aku ni memang jenis suka shopping barang dapo dekat giant nilai. bagi aku apa saja barang yang aku nak mudah sangat nak cari.. tak menyesatkan aku. ini pendapat aku ler kan

oke..oke.. stop pasal beli barang ni.. sekarang nak creta pasal meatball abang burn.. habis power la cakap ko.. sedap terangkat tuh.. brown sauce dia memang memikat hati daku ler.. ada plak cebisan mushroom.. itu yang aku suka.. akukan pencinta kepada cendawan..

dalam set meatball terdapat 10ketul ehh biji kot.. ditambah plak ada wedges yang digoreng ranggup.. diletakkan plak dengan mayonis dan cheese.. uishhh malatop deh.. sedapnya.. meatball abang burn ni best sebab.. dalamnya penuh dengan isi daging segar.. tepung kurang.. mmg kita akan rasa kesegaran daging segar dalam mulut.. umphhhh... aku da macam model pengacara tak berbayar JJCM gitewww... 

malas nk cakap banyak.. korang memang kena try.. tak rugi weh.. 1 set baru rm9.90 je.. berbaloi-baloi kan.. tak perlu menapak jauh ke IKEA tu.. homemade meatball mmg lagi layan la.. dari 10 bintang maka dengan segala hormatnya 10 bintang jugak aku kasi..da macam juri rancangan master chef plak kan.. teringat plak ngan brown sauce dia..

ni la roper meatball abang burn ni.. besar2 taw sumenya.. kalau makan penuh 1 mulut

antara lain yang aku oder ialah burger bakar abg burn beef cheese.. target utama aku nakkan burger bakar kambing.. tapi abis stok ler plak.. ari tu pegi kat jajahan sg ramal pon sama abis gak.. ni pon sama gak abis.. agaknya beger bako kambing mmg sedap kot.. tak pe la tak de rezeki lagi nak makan.. sampai satu masa nanti kakak akan awak yer.. tetiba plak kan.. da nama pon kakak kepada makanan ayatnya kena la cm gitu... hehehe

see cheese dia.. bila meleleh macam ni.. da jadi tak menahan sangat nak makan.. 

untuk apa2 maklumat tambahan lebihan bole la korang view page ni (www.abangburn.com).. sebab banyak lagi menu yang bole di oder.. so.. moh ler sesama menjamu slero di jajahan abang burn kawasan nilai..

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Monday, May 6, 2013

selesai sudah

Alhamdullilah syukur ke hadrat illahi
selesai suda kita mengundi pada PRU-13
sape pon yang menang 
kita harus terima kerana undian datangnya dari kita

moga Malaysia menjadi negara yang aman damai
peace yaw..yaw..

nota chomel: ai is orang penang.. secara keseluruhannya penang disandang oleh DAP

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Thursday, May 2, 2013

aktiviti cuti hari pekerja

salam khamis (saya suka..saya suka.. gaya mei mei)

entri arini nak creta pasal xtvt yang diwat pada cuti ari pekeje.. yakni 1 mei kan..so apa lagi laki aku dengan semangat beria ajak bekpes kat luar.. kteorang bekpes kat warung bunian.. nasi lemak dia mmg power ler.. tak ramai yang tahu kedai ni.. sebab mmg tersorok abis ler.. aku oder nasi lemak  bungkus dan encik suami oder nasi lemak telur dadar.. mmg fully kenyang la.. banyak weh nasi lemak dia.. berbaloi-baloi taw.. (sori kawan2 aku tak sempat plak nak captured gambar kedai tu. InsyaAllah in next entri akan ada ambar yek). 

lepas je kenyang melantak nasi lemak,, zassss terus ke umah MIL.. niat ati nak melawat dia.. da lame tak jumpa sembang2.. my MIL mmg sporting taw.. sb tue aku suka melayan dia.. hehee.. tak de niat apa2 yer.. sekadar menumpang kasih sayang sebab mak kandung jauh dari pandangan mata.. pastu ajak temankan g umah kawan MIL sebab nak upah baju wat pegi pejabat.. da nama pon keje pejabat jadi haruslah bertukar suami pakai an.. ngada la ko ni mak jemah.. 

pas siap anta baju singgah lagi skali umah MIL sebab nak suapkan beby rizqin makan.. anak aku da melalak sakan lapo.. cian buah hati ibu.. smpai je ada kak ipar.. so pe lagi meriah umah mak mentua ngan ank2 buah suami.. sonok la si rizqin. sambil suap makan.. sembang menyembang.. riuh umah.. 

setel sume.. suami pon ajak balik.. jumpa plak ngan FIL.. dia pegi memburu ayam hutan.. so, Alhamdullilah.. rezeki lagi.. dapat ayam hutan.. sedap weh.. aku suka.. aku kan kakak kepada makanan.. jadi tak wajib la tolak rezeki kan.. dapat seekor.. suami siang sesiap.. balik umah tinggal aku nk cuci kasi bersih jek.. 

da siap sume.. encik suami plak request nak makan kari ikan kembung.. gigihnya plak aku watkan demi nak mengikat perut suami.. air tangan isteri kan pengikat kasih sayang suami isteri.. eh betol ke statement aku ni!!! kemain berselera suami aku makan.. bila tengok dia berselera makan.. hati aku jadi tenang sangat.. aku suka bila apa yang aku masak.. laki n anak aku makan dengan slera skali.. terasa puas keyh.. hehehehee.. 

da siap2 makan nasi.. rehat2 sume bagai.. laki tetiba plak cakap.. sedapnya makan ubi rebus.. nyummy.. dia kelua cari ubi tapi abis plak.. sudahnya dia beli pisang.. oke la janji ada kudap2 untuk minum petang..

waktu malam tak der buat ape2 pon.. rehat2.. pkul 10.30malam.. masuk bilik dan tido.. 

nota chomel : count days nak pegi beby expo kat Mid Valley.. :-) lagi 8 ari taw

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥