nuffnang

Thursday, October 17, 2013

wordless wednesday #16

salam aidiladha semua

da 3 hari raya baru nak wish kan
memang tak sempat betol nak update blog
blog pon da sunyi sepi

sumber : encik google

nota chomell: insyaAllah akan aku upkan entri mengenai besday anak teruna manja aku tuh.

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥♥

Friday, October 11, 2013

puting apa yang anak korang hisap masa beby??

salam jumaat semua

nampak tak semangat berkobar2 ibu rizqin ni.. yela tak lama lagi usia anak yang disayangi nak melangkah ke 365 hari atau erti kata lain setahun la kan.. maka daku semestinya tergolong dalam golongan yang hepi kan..

syukur sesangat sebab Allah sentiasa memudahkan urusan aku dalam membesarkan beby rizqin. dia la segalanya buat aku dan encik suami. penyeri rumahtangga kami. setiap hari ada sangat benda baru yang dibuat. pengasuh dia pon suka sangat. kalu pegi memana siap minta izin nak bawa dia. daku okeh je..

tak nak berleter panjang lebar. tengak tajuk pon korang da boleh agak kan. aku mengaku masa nak latih beby rizqin isap botol kan. teramat payah okeh. aku pulak ibu muda memang tak ada pengalaman lagi2 la tak tahu kan. jenuh gak aku kebalkan hati untuk semua ni. mak aku siap pesan kalau nak ajar anak jangan ada rasa kesian nanti kita yang susah.

bukannya kita nak seksa ank tapi nak mengajar dia. mak aku cakap juga masa ajar anak isap susu botol ckp dekat dia dan minta maaf.. ibu terpaksa semua ni. nak cari rezeki lebih dan nak bantu ayah kukuhkan ekonomi keluarga. Alhamdulillah beby rizqin anak yang sangat memahami. cepat je dia belajar..

cakap pasal puting jugak dah macam2 jenis aku tukar. susah juga nak pahamkan budak2 ni. yela puting betol dengan yang tiruan mana sama kan.. meraung2 juga anak aku tuh.. tapi kejap je.. mak aku la tukang mengajarnya.

puting yang menjadi idaman hati rizqin ialah brand fiffy. sebelum ni jenuh mencari hokeh. puting ni lembut sangat dan bila beby hisap ala-ala mcm isap puting ibunya la. yang penting puting ni anti colic. Alhamdulillah anak aku tak ada masalah dengan ni..aku bersyukur sesangat..

puting - Orthodontic shape

insyaAllah untuk adek beby aku akan didik awal2 supaya tak keliru puting.. aku kan ibu bekerja memang banyak pengorbanan yang diperlukan. tak per aku yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. insyaAllah aku yakin dengan kesabaran aku selama ni. tak ada yang lebih penting dari mereka kesayangan aku.

nota chomell: lagi dua hari je weh

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥♥


Wednesday, October 9, 2013

wordless wednesday #15

salam

insyaAllah aku akan sentiasa bersabar

dan akan terus bersabar


nota chomell: terima kasih pada encik suami yang sentiasa bagi support positif

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥♥



Tuesday, October 8, 2013

rizqin yang tak sihat

salam

(hurm kumpul kekuatan nak hapdep blog.. malas tahap maksima)

aku nak up entri yang lama..yang aku simpan sampai berhapak ni. nk cerita kisah anak bujang aku tu la.. kisah masa raya ritu. korang yang ada baca blog aku mesti taw kan. kan aku ada cerita beby rizqin tak sihat. rupanya anak aku kena penyakit campak yang halus2 macam ruam tu..

siksa weh.. aku yang tengok dia tak sanggup sangat. badan mengila panas. aku sentiasa sejukkan badan dia dengan air. kepala dia sentiasa aku basahkan dengan air. kejap je latak air teus tersejat air tu. menandakan badan melampau panas. tak pernah aku lihat anak aku camtu.. ni first time oke. mengigil gak aku nak handle. yela panas badan budak ni tak boleh buat main2. kang lain jadinya.

aku siap tepon MIL lagi creta pasal ni. dia ada ajak pegi berubat kampung. jadi aku follow je. kata ustaz tu badan anak aku ni berbisa. yela budak baru nak boleh segala bagai memang mcm ni. aku tengok ada la dia urut sket2. pas dia urut nampak oke sket beby rizqin. tapi ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

esoknya panas badan dia naik mendadak. lagi runsing kepala otak aku. kali ni memang aku tekad nak buat cara tradisional je. aku demah badan dia dengan air dan setiap 30minit mesti bw pegi bilik air. basahkan badan dia.. supaya cepat panas turun. Alhamdullilah dalam 3 hari je. hilang semua demam tu..

bila da baik demam baru aku perasan badan rizqin ada bintik2 merah yang super banyak. kebetulan masa tu ada check up monthly kat KK so nurse yang bgtaw anak awak demam campak ritu. pesyen campak ni bila da baek demam baru dia keluar. tu yang awal2 kita tak leh nak detect dan nurse bgtaw suhu beby akan melampau tingi dan naik mendadak. Alhamdulilah tak de pape yang jadi kat beby rizqin..

so aku nak tunjuk gambar masa kejadian berlaku :-

 masa cek suhu ni mengigil aku tengok. menakutkan..

 suhu da makin kurang. syukur Alhamdulillah..

muka beby rizqin masa ni kesian sangat, tengok mata, hidung dan mulut dia.. betol2 macam orang tak sihat.

bila anak sakit automatik kita as a parents akan terasa benda yang sama. masa rizqin tak sihat. aku memang tak lalu makan. runsing weh. apa aku masak kat rizqin pon dia tak mow makan. jenuh aku dok pikir.. yang asek diminta nak susu je.. susu buat sebotol penuh habis diminumnya. 

aku da cuba buat yang terbaek untuk rizqin. tanya la mana2 ibu pon. mesti tak nak tengok anak yang dikandung selama 9 bulan saket kan. aku pon tergolong dalam tu. setiap hari berdoa moga rizqin dijauhi dari sebarang penyakit. aku percaya Allah duga aku sebab Dia tahu aku mampu mengalas bebanan ni. sentiasa berpikiran positif.

salam sayang selamanya 
ibu rizqin ♥♥♥

nota chomell: besday rizqin berbaki lagi 5 hari.. aku pulak yang over excited.

Tuesday, October 1, 2013

welcome october!!!!

salam semua..

arini aku nak up satu entri ler.. bulan yang aku nanti2kan da tiba.. yeahh..

OCTOBER

kejap sangat kan masa berlalu.. sedar2 da bulan oktober.. da nk dekat setahun anak teruna aku tu.. padahal sakit bersalin masih aku teringat.. beby rizqin seorang anak yang pintar, bijak dan cepat belajar..

iolss sebenarnya rajin nak up entri sebab nk bgtaw tentang kelahiran anak aku.. 14oktober2012 pkul 3.14a.m.. lahir anak sulung aku.. skrg da nak masuk setahun.. Ya Allah cepat betol masa berlalu.. bila aku tengok gambar beby rizqin ms kecik2 aku rindu sgt2 saat tu.. saat tak pandai apa2 smpai la mengerti dan paham apa arahan yang aku bgtaw..

part paling bes skali.. bulan oktober ni rizqin share besday dengan tok wan, pak su daus dan kak aisyah (ank buah encik suami). so aku planning nk sambut besday semua skali dalam satu majlis yang simple sahaja.. janji semua orang puas hati.. jemputan hanya kpd yang tertentu sajok. bukan tak nak jemput semua sebab bajet hanya cukup2 sajok..

jadi petang ni entri ni saja yang aku nak up.. aku terlalu excited sb pes time nak handle event yang kecik cenonet ni.. walau kecik tapi aku tetap nak pastikan ianya sempurna.. hati seorang pompuan kan beselah sentiasa je ada yang tak puias hati.

nota chomell: besday si anak tapi si ayah plak yang sibok nak minta oder kek karot spesial.. ibu layankan je la permintaan semua..

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥♥