nuffnang

Thursday, August 1, 2013

cerita menu : cheesecake biskut

salam

korang nak tahu tak makin dah nak abis puasa ni makin la aku malas nak masak.. kekadang sampai tahap aku da buntu apa benda la yang nak masak.. kalau tanya encik suami tak de makna dia nak bagi jawapan.. jawapan dia "masak la apapun ibu.. ayah makan je.. ayah tak memilih pon"... grrrr lagi la menambahkan kebuntuan aku apa nak buat..

entri ni aku nak cerita pasal cheesekut yang aku buat.. tengah famous amous di kalangan mommy gojes.. aku amek peluang membuat sama.. encik suami kemain puji lagi.. sedap katanya.. next time boleh buat lagi.. beby rizqin pon kemain suka.. siap meminta disuapkan..

resepi simple cam ni aku sure sume orang boleh buat.. rumah aku tak de mixer so alternatif lain ialah menggunakan blender yang banyak khidmat berjasa.. aku dah planning nak buat raya ni.. nak bagi mak, abah dan adek2 makan.. sure mereka pasti suka.. motif sangat kan ayat aku ni!!!

so jom cekidaut cara membuat cheesekut yang sedap lagi comel jelita (T_T)

cheesecake biskut a.k.a cheesekut


bahan-bahan :-
biskut butter crackers-- sepatutnya kena guna hwa tai deluxe crackers tapi merata aku cari tak jumpa
susu full cream-- bagi berlemak sket
tatura cream cheese-- jakun sket masa mula2 tengok.. tak taw rupa cream cheese ni.. 
susu pekat manis 1/2 cawan-- ikot pada rasa manis yg korang nak.. aku guna sket je..

caranya:-
masukkan cream cheese, susu pekat manis dan sikit susu full cream.. putar/blend hingga kembang..
amek biskut celup dalam susu.. susun dalam loyang comel2
bila da siap susun.. buat lapisan cream cheese tadi.. buat nipis2 sket..
ulangi step ni smpai habis cream cheese..

tambahan:-
boleh juga nak hias dengan buah2an, badam or apa2 yang dirasakan sesuai

hasilnya


aku buat yang simple mimple je sebab first try kan.. tak nak kecewa ler.. hasilnya sungguh memuaskan hati.. jadi beb.. aku buat dua bekas.. habis kami anak beranak makan.. encik suami yang paling suka.. dia makan senyap2 tanpa pengetahuan aku.. makan lepas balik terawih.. nikmat sangat katanya.. siap cakap.. " ibu t repeat lagi yer"

nota chomel: pasni nak share nasi goreng istimewa yang aku reka sendiri plak.. tak de la sedap mana.. tapi yang penting encik suami puas hati :-)

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥