nuffnang

Thursday, November 28, 2013

makanan kesihatan untuk rizqin

salam semua..

dah lama kan aku tak creta pasal anak teruna aku. anak aku ni bukan yang jenis sihat debot.. badan pon comel jek.. dalam pada tu jugak aku sentiasa jaga.. aku tak nak sampai anak aku masuk dalam line kuning bak kata nurse kat kk.

risau weh.. asal dia tak selera nak makan mesti aku akan cepat2 cari alternatif supaya rizqin sentiasa dapat khasiat secukupnya.. jadi aku nak share la ngan korang sume apa yang aku consume untuk anak aku supaya sentiasa sihat adanya.. kita hanya berusaha yang lain2 Allah tentukan. sebagai ibu mesti akan sentiasa nak yang terbaik untuk permata hatinya kan.. yer ke idok.? hikhikhik

aku start bagi anak aku makan vitamin c minyak ikan kod seawal usia 7 bulan. antara sebab utama ialah anak aku masa tu senang sangat nak kena demam, batuk dan selsema.. tak daya aku tengok sb pas minum susu je confirm akan muntah.. luluh hati aku. tak sempat susu nak hadam da terkeluar.. aku gak pernah sampai menitis air mata tgk keadaan rizqin..

selepas sebulan aku cuban produk dari Seven Seas ni Alhamdulillah.. banyak perubahan kat rizqin.. penyakit da susah nak melekat. selera makan pon dah bertambah.. pantang nampak aku mengunyah asek nak minta saja..

apa yang bes pasal vitamin ni ialah seawal usia anak korang 1 bulan da boleh start makan.. aku dulu pon tak pernah nak terfikir pasal ni.. atas khidmat nasihat suami kawan aku,, terus berkobar2 cari farmasi nak cuba produk ni.. sungguh memberangsangkan.. syukur kepada Allah.. produk ni bes sebab dia boleh campur dalam susu.. bg sesiapa anak yang susah makan ubt.. produk ni terbaik..

sumber: encik google

bila usia anak aku melepasi setahun lebih aku bertukar produk memilih Scoot Emulsion ni.. rasa super bes.. oren taw.. mula2 rizqin mcm tak mau juga.. bila dia rasa oren.. sampai habis dia makan.. insyaAllah aku akan beri yang terbaik untuk rizqin.. permata dan anugerah Allah yang terindah..

sumber: encik google

semoga rizqin membesar bagai johan dan dijauhkan penyakit.. ayah dan ibu sudah cuba sebaik mungkin.. kamu ialah kasih sayang kami.. anak yang tak banyak ragamnya.. terima kasih anak..

nota chomell: pas ni blog aku macam da boleh jadi medan perniagaan aku.. aku ada meniaga kecil2lan untuk menambah duit poket.

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥♥


Friday, November 22, 2013

santapan rohani #12

salam penghulu hari

aku tak nak cerita panjang sebab aku hepi harini

parents datang dari penang..

rasa cm nak terus terbang balik rumah


sumber: encik google

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥♥

Wednesday, November 20, 2013

selamat pengantin baru sahabatku

salam semua

(entri terlambat update dan daku auto publish)

ni cerita hari ahad 10/11/2013.. daku lambat update.. macam bizi plak kan.. kawan baik aku masa zaman politeknik sudah selamat kawin dengan pilihan hatinya.. kawan aku ni bes sebab masa zaman belajar kan susah.. dia sanggup goreng ikan bilis satu bekas besar untuk share ngan kawan.. makan lauk ikan bilis weh.. sob..sob.. family jauh kat penang so share kasih kasih sayang ngan kawan2 la..

aku hanya dapat pegi yang side laki sebab kawan aku ni orang jerantut, pahang.. jaoh weh nak kesana.. so decide ngan encik suami ngan pegi side hubby dia je.. encik suami aku on je..

so pada hari kejadian memang aku bertolak agak awal la nak ke sana. boleh plak aku tersesat sampai nak masuk ke ijok. brapa kali patah balik pon tak taw la. nasib dapat suami yang layankan je..

aku follow peta tapi still tak jumpa.. ntah pape je an. elok sampai rumah pengantin org pon tak de.. da lewat kot.. dekat pukul 3.00 petang.. demi persahabatan aku gagahkan diri jugak..

sampai2 je mula la sesi nages. aku ni emosi sket bila lama tak jumpa kawan2.. sembang gak kejap.. kawan aku ni nama dia Solihah.. lupa nak introduce.. dia paksa aku pegi makan dulu sebelum borak banyak..

aku bukan rendah cuma solie ni terlebih tinggi

sesi dengan pengantin baru

ko tengok dia pegang perut aku.. aku da sound tapi buat gak..

one of my classmate with hubby dia.. nadia.. cantik sangat dear

ni pon kawan2 aku gak.. dorang gerak lambat tapi sampai dulu 

syukur Alhamdulillah.. aku hepi sesangat bila kawan2 aku selamat menamatkan zaman bujang dorang dengan pilihan hati memasing.. moga ikatan rumahtangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat..

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥♥

Tuesday, November 19, 2013

selamat ulangtahun kelahiran Haaris Rizqin

salam semua

(entri terlambat update dan aku auto publish)

pertama sekali syukur kehadrat Ilahi. anak sulung aku da selamat menginjak usia satu tahun. macam2 hitam putih yang da kami lalui bersama. ada kalanya pahit dan ada kalanya manis. semua tu memori yang akan aku kenang sampai bila2. 

tujuan entri ni aku buat supaya satu hari nanti anak aku baca blog ni dan tahu bertapa aku sangat menyayanginya. anugerah Allah yang terindah dalam hidup aku. anak yang sangat mendengar kata dan sentiasa aku terhibur dengan gelagat dia. makin besar makin macam2 yang nak dibuatnya. Ya Allah aku bersyukur di atas kurniaan yang Engkau berikan.

untuk sambutan ulangtahun kelahiran ni aku buat sekadar yang mungkin. bersesuaian dengan bajet yang ada. ketahuilah anakku setakat itu je yang mampu ibu buatkan. tiada makanan mewah, tiada percutian mewah, tiada hadiah yang mewah cuma yang ibu dan ayahmu mampu beri ialah kasih sayang yang melimpah mewahnya. insyAllah ibu sedang berusaha untuk majlis aqiqah Rizqin pulak. ibu akan berusahan bayar hutang itu.

masa majlis ni semua makanan yang ada dimasak oleh kakak ipar, abang ipar dan mak mentua aku. aku hanya tolong2 semampu yang mungkin. kakak ipar aku ni memang pandai bab2 memasak. sedap2 sumenya. aku suka sangat. menepati citarasa anak tekak aku ni. 

makanan yang aku saji kat tetamu masa majlis rizqin ialah sate ayam, nasi impit berserta kuah kacang, rendang ayam dan daging, dan menu utama ialah nasi ayam madu. sedap sangat. semua tetamu memuji. 

kek besday aku oder 2 biji. rainbow kek dan kek karot. aku tempah kat Tasty Carrot Bakery dan Alhamdulilah tetamu sekali lagi memuji kesedapan kek yang dibuat. siap yang minta dan tanya address kedai tu. tenkiu pada owner kedai yang sentiasa memberi layanan yang terbaek kat customer ni. hehehee..

rainbow kek yang superb sedap

pandangan dari sisi kek

kek karot cheese.. ampun sedap bangat..

aku nak says sori kat korang semua sebab lambat up entri pasal besday ni.. bersimpan dalam draf lama sangat. untuk majlis kali ni memang tak de banyak gambar sangat.. kelam kabut weh.. ank bujang mengantuk dengan tetamu dtg sekalu ramai. tak terlayan aku. InsyaAllah next besday akan lebih proper dari ini..

aku tak ada idamkan majlis besar cukup sekadar mengucap kesyukuran yang usia anak dipanjangkan sehingga ke saat ini..

semoga anak teruna aku membesar dengan sihat dan menjadi anak harapan ibu dan ayah.. we love you so more much anak.. terima kasih kerana hadir dalam hidup ibu dan ayah..

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥♥

Monday, November 18, 2013

selamat ulangtahun perkahwinan yang ke- 2

salam semua

selamat berhari isnin yer

today aku tak mau story sebab syukur Alhamdulillah

Tuhan masih lagi panjangkan usia perkahwinan aku

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KEDUA

aku bersyukur sesangat dikurniakan suami yang sangat memahami dan menerima diriku seadanya

dalam usia perkahwinan yang terlalu muda ni banyak onak dan duri yang kami lalui

ini semua mematangkan kami

keluarga kecil kami sangat lengkap dengan kehadiran si anak kecil

HAARIS RIZQIN

penyeri rumah tangga kami, setiap hari ada saja yang menghiburkan kami

anak kecil yang sangat memahami kedua orang tuanya

yang pandai berdikari sendiri, yang tidak banyak ragam

SYUKUR ALHAMDULILLAH.

saat air sembahyang terbatal
**rindu saat ni.. nages

aku sentiasa berdoa supaya hubungan rumahtangga kami sentiasa dipelihara sehingga keakhir hayat kami

Ameen..

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥♥

Wednesday, November 13, 2013

wordless wednesday #17

salam semua

ari rabu kan ari tanpa kata

so,, mari layan ini gambar

 sumber: encik google

daku teringin sesangat.. balik keje ni laju2 nak ajak encik suami pegi beli..

da banyak malam teringat tapi tak tercapai hajat nak memiliki lagi

petang ini minta maaf yer memang tak bole tunggu

kena beli juga

nota chomell: hutang entri besday rizqin.. sori ya kalian

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥♥

Tuesday, November 12, 2013

kartun yang anak korang suka tengok???

salam semua..

sori sebab lama tak bersiaran.. komitmen keje yang harus dipatuhi.. tapi aku tetap curi ruang nak buat entri gak.. khas untuk uolss hokeh..

sume ibu2 yang ada anak kecik aku very the sure la kan pasti tak akan terlepas nak tengok kartun pilihan kat tv. sama mcm anak aku weh..

anak aku paling suka tengok DOREAMON siap tak mau toleh mana lagi.. bila aku panggil dia buat tak tahu je..

masa kecik2 anak aku ni layan upin ipin sekali da besar berubah pulak. tak pe tak kisah janji dia suka aku okeh ja.

sori aku buat entri yang simple.. alkisah nak cepat.. got work to do..

nanti aku buat entri yang molek2 siket yer..

nota chomell: aku baru nak stat bisnes kecik2.. harap2 dapat support dari sume la.. berusaha mencari rezeki.

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥♥