nuffnang

Wednesday, July 31, 2013

cerita menu : sambal tumis sotong

salam..

da makin hujung2 ramadhan ni kenapa la sikap pemalas ni tahap max.. geram betol la.. nak mengambil gambar tu malas betul.. nak masak pon sama malas.. klu boleh nak buat sesimple mungkin.. tapi encik suami iolss yang nak makan so kena bertabah la masak bagi sedap juga.. encik suami iolss suka makan yang ai masak.. katanya air tangan isteri pengerat kasih sayang suami isteri.. betol ke nih?

tapi aku syukur Alhamdullilah sebab masih ada kekuatan dan semangat nak masak setiap hari walaupon pemalas tahap gaban.. walawehhhh.. ko jangan nak pemalas sangat iza oi?? ko tu da berlaki rajin2 sket..

pemalas aku pon tetap ada semangat okeh.. buku resepi tetap gigih beli. masaknya ntah bila.. wekkkk!!! aritu pejabat aku ada buat jualan Puspanita.. ada satu gerai jual majalah masakan.. aku gigih berejam membelek buku masakan taw.. orang lain sibok dok shopping raya.. aku nan hado.. ngadap buku resepi lagi syok meh.

terpanjang plak aku membebel kan.. dah kata nak cerita pasal menu udah apa pasal pegi berleter panjang benor ni.. dah tu moh le cerita pasal menu kita saya..

okeh makcik2 pakcik2 sumenya kita masih bertemu lagi.. kali ni chef iza nak cerita pasal masak sambal tumis sotong yang senang ala makan sate.. phewwww!!!

sambal tumis sotong

bahan-bahan :-

hirisan bawang holland
cili giling
garam
minyak
sotong dalam 2 ekor besar
serai
penambah perisa** aku biasa guna jenama hilal.. aku jek sket ajinomoto.. 

cara-cara :-

tuangkan minyak dalam kuali.. masukkan hirisan bawang holland.. biakan wangi seketika
masukkan cili giling.. tumis sampai pecah minyak.. menandakan cili korang betol2 masak..
bila da pecah minyak masukkan plak sotong.. tunggu sampai air sotong tersejat sket..
pastu masukkan garam, serai dan penambah perisa..
dah siap dan boleh hidang..

see senang kan sambal tumis sotong ni.. encik suami ai is suka.. puji.. dia tukang mengabiskan sotong tu.. siap pesan next time masak lagi taw.. klu makan ngan nasi lemak bes ni katanya.. ai terus kembang semangkok..

oke la nak creta ni je.. tak mow bebel panjang sebab tangan da letih menaip ni.. byeee!!!

nota chomell: aku dah cuba resepi cheesekut yang famous amos di kalangan blogger gojes.. nanti aku up entri ni okeh.. sumpah sedap gilos weh.. encik suami dan anak bujang suka.. 

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Monday, July 29, 2013

hidangan kegemaran di kala bulan ramadhan

salam semua

arini ni aku nak buat entri tanpa meletakkan gambar.. sebenarnya aku malas nak amek gambar makanan.. jadi layankan je

antara makanan yang selalu aku akan beli bila tiba ramadhan ialah

1- murtabak daging.. kegemaran ni.. best sgt.. terasa intinya.. bawang sket je.. padat dgn daging
2- roti jala.. dapat yang panas2 lagi best.. kena plak cicah kuah kari ayam.. power beb
3- air soya.. dari ms aku mengandung smpai skrg.. memang air ni la paling bes..
4- ayam percik.. aku bab pilih ayam percik ni cerewet sket.. nak yg memenuhi kepuasan selera
5- unan roti john.. baq hang mmg terbaek la dia punya roti john..tak nyesal beli hokeh

saja je aku share dari entri tak update kan.. ada banyak lagi tapi aku malas nak list.. nafsu makan bila tiba ramadhan ialah paling tak dapat di kawal.. sila bertabah hati yer duit nak membeli semua..

nota chomell: ni tengah pikir nak makan apa untuk juadah berbuka malam ni.. teringat murtabak daging padat plak.. balik nanti harus beli..

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Thursday, July 25, 2013

rizqin sudah 9 bulan lebih

salam semua

kan aku penah cakap nak buat entri pasal anak bujang aku nak sorang tu

ni la entrinya di kala rizqin berusia 9 bulan


rizqin ceria :-)

alhamdullilah,, rizqin masih diberi kesihatan yang baik.. 
aku bersyukur sebab rizqin ni anak yang senang nak diuruskan.
tak banyak karenah dan pengasuh pon suka sangat sampai tak boleh nak berpisah

kalu anak aku ni banyak ragam mesti ada something wrong
and aku aku akan cepat2 find and solve the problem

apa yang rizqin pandai di usia ini :-

cekidot....

sudah pandai nak memanjat merata-rata terutamanya sofa la.. **urut dada ibu kau ni tengok** 
gigi comelnya sudah makin membesar.. baru 2 batang gigi hokeh
pantang tengok aku pakai lawa-lawa taw dah mesti nak pegi jalan-jalan
paling bes tukang kemas umah nombor satu.. baju2 aku akan jadi kemas bila rizqin ada :-(
makan utk skrg ni Alhamdullilah tak memilih dan boleh terima semua. no alegik okeh..
mulut agak bising,, rajin membebel2.. hikhik.. aku suka.. comel!!!

ni la perkembangan yang aku lihat.. alhamdullilah semuanya positif.. next entri aku update lagi yer..

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Tuesday, July 23, 2013

menu ramadhan yg ke 8, 9 dan 10

salam semua

ya Ampun weh
kenapa la mood malas aku nak update entri makin membuak-buak ni
semua blogger2 menayangkan makanan yang super sedap **lap ailop jap**

aku memang setiap hari masak
yang malasnya aku nak amek gambar
tapi tak pe
lepas ni aku bikin entri list makanan yang aku makan jela
 da pemalas tahap gaban
apa nak jadi ngan kau la nenek iza oii

ni pon malas nak taip dah
meh layan gambar udah la yer

menu ramadhan 8

 ikan sardin masak kicap
kacang buncin bertelur

menu ramadhan 9

ikan bilis bawang & cili api
telur mata kobao

menu ramadhan 10

ikan kembung rebus bersama bawang & cili api
kailan goreng spesial

ni je menu yang aku mampu sediakan untuk waktu sahur.. waktu berbuka tak makan nasi yer.. makan kuih muih je.. suami sudah ajar mcm tu..

senang keje aku sket.. cuma waktu sahur kena bangun awal la nak masak lauk.. sebab tu sume lauk aku simple mimple.. macam aku

tak mow yang serabut kepala.. bikin pusing aja ni kepala..
da kenapa nak keluar loghat indon ni

oke.. bye..

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥ 

Friday, July 19, 2013

santapan rohani #10

salam 10 ramadhan..
cepat sungguh masa berlalu hingga tak terasa semua ni

adakah kita sudah menimba pahala sebanyak mungkin?
adakah kita sentiasa memperbanyakkan amalan membaca al-Quran?
segalanya masih dalam adakah?

moga aku akan terus memperbanyakan amalan kebaikkan 


salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥


Thursday, July 18, 2013

tanda lahir rizqin

salam kawan-kawan :-)



nampak tak gambar kat atas.. entri kali ni aku nak creta pasal tanda lahir..

anak korang ada tanda lahir tak??

anak aku ada hokeh.. sejak2 kua dari perut aku.. masa aku pertama sekali nak tukar pampers rizqin.. aku da perasan pasal tanda lahir ni.. aku pk2 tanda ni akan hilang tapi sampai skrg masih kekal kat situ.. 

ekceli comel gak tanda lahir dia.. rizqin sendiri pon kan akan terbelek2 sendiri kaki dia kalu aku tunjuk tanda tu.. pelik agaknya.. tak pe anak.. nanti da sampai masa ibu pasti kamu akan tahu juga apa itu.. 

itu merupakan anugerah Allah.. senang ibu nak cam anak ibu.. kihkih.. 

antara jenis2 tanda lahir yang ada ialah :-

1) Tanda lahir merah

Ia disebabkan salur darah yang berada dekat dengan permukaan kulit. Ia juga dikenali sebagai ‘vascular birthmarks’ (tanda lahir vaskular). Tanda lahir jenis ini boleh dibahagikan kepada dua jenis; macular dan hemangioma.
  • Macular - Ia juga dikenali sebagai ‘stork bite kisses’. Ia biasanya muncul di belakang tengkuk dan sangat biasa bagi bayi baru lahir. Tanda lahir begini tidak memerlukan rawatan khusus kerana pada kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya.
  • Hemangiomas - boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Satu daripadanya ‘strawberry hemangioma’. Tanda lahir ini selalunya berwarna merah cerah dan kelihatan menonjol pada permukaan kulit. Ada sesetengah ‘strawberry hemangiomas’ akan hilang dengan sendirinya apabila kanak-kanak itu mencecah usia lima tahun. Tetapi kebanyakan strawberry hemangiomas akan hilang pada usia sembilan tahun.Satu lagi jenis hemangioma yang kelihatan di bawah kulit. Ia dikenali sebagai ‘cavernous hemangioma’. Warnanya agak berlainan dan ia tidak boleh hilang dengan sendirinya.Port-Wine Stains - satu lagi jenis hemangiomas. Ia tidak tertonjol atau tidak berada di bahagian dalam kulit. Port-wine stain biasanya berwarna seakan-akan ungu bercampur merah atau merah gelap. Ia biasanya kelihatan di bahagian tengkuk atau muka.2) Tanda lahir pigmenIa merujuk kepada sebahagian kecil kulit yang warnanya berbeza dengan warna kulit dominan. Tanda lahir ini juga selalu dirujuk sebagai ‘cafe-au-lait’ kerana selalunya ia lebih gelap dari kulit dominan.
Tanda lahir begini kadang kala boleh dikaitkan dengan penyakit keturunan yang menyebabkan pertumbuhan tisu saraf. Jika tanda begini kelihatan pada anak anda, pertimbangkan untuk membawanya berjumpa pakar.

Satu lagi tanda lahir yang lebih dikenali sebagai tahi lalat. Tahi lalat muncul selepas bayi dilahirkan dan selalunya ia tidak mengundang masalah. Tetapi jika ia membesar, kemungkinan ia adalah tanda barah.

antara kaedah rawatan yang boleh dilakukan :-

Jika tidak mendatangkan sebarang masalah, tanda lahir sebenarnya tidak perlu dibuang. Tetapi jika ibu bapa berpendapat sebaliknya, kebanyakan pengamal perubatan mengakui program rawatan biasanya lebih berkesan ketika masih kanak-kanak. Bagaimana pun ia bergantung kepada usia pesakit, saiz tanda lahir dan kedudukannya.

Amalan biasanya yang dilakukan adalah dengan rawatan laser. Bagi kebanyakan tanda lahir seperti hemangiomas dan port wine stain misalnya boleh dirawat menggunakan rawatan laser, Intense Pulsed Light (IPL) yang menawarkan kesan lebih baik dan kekal.

Kaedah rawatan ini biasanya akan mengenal pasti saluran darah yang mengembang di bawah permukaan kulit bagi menghapuskan akar tanda lahir. Ia tidak menyakitkan dan hanya mengambil masa sekitar 30 minit dan kadang kala rawatan susulan diperlukan.

sumber : berita harian

nota chomell: tanda lahir dekat kaki?? adakah ank aku suka jalan2 sama macam aku sebab aku ada tahi lalat betol2 kat tapak kaki.. muahihihihi...

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Tuesday, July 16, 2013

ramadhan yang ke 3, 4, 5 dan 6 hari

salam kawan2 sekalian..

sebelum membaca entri ini mari la kita mengelap ailio.. kerana ini entry menayangkan makanan yang super mabeles.. sengaja aku kumpul banyak pix makanan supaya bole digabungkan dalam satu entri.. sedap sikit tengok kan

aku ni tak der la pandai masak tapi suka mencuba hokeh.. asalkan rasa itu sedap aku layankan je.. nasib ai dapat laki yang tak memilih makan.. oke je layankan masakan isteri.. selalu mulut dia puji SEDAP je.. 

kebanyakkan menu yang dibuat ialah menu sahur.. sebab waktu berbuka aku dan suami hanya makan kuih muih sahaja.. so laki aku dah request sahur ni kalau dapat lauk yang fresh2 lagi selera nak makan.. ternyata betol.. makin bertambah dia makan..

laki aku cakap pas ni sahur je mesti lauk panas dan fresh.. bukak posa tak yah masak sebab nak makan kuih saja.. so aku layankan je.. janji laki aku puas hati..

menu sahur ke 3
 ayam masak halia dan cili kering

menu sahur ke 5
 udang goreng kunyit

menu sahur ke 6
nasi goreng kasih sayang sejati

kenapa menu sahur ke 4 tak de.. sebabnya aku terlajak tido.. sudahnya kami laki bini hanya sempat makan roti sekeping ngan air suam sahaja.. 

aku rasa bersyukur sangat sebab dapat sambut ramadhan kali ni dgn sendiri.. walaupon ni da masuk ramdhan tahun ke 2 perkahwinan tapi aku anggap yg pertama sb semua juadah atau apa je yang laki aku nak makan aku dapat sediakan. 

semoga aku terus istiqamah nak masak yang best2 kat suami

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Friday, July 12, 2013

ramadhan pertama dan kedua harinya

salam ollsss

mana boleh tahan kan.. semua orang nak update pasal menu dibulan puasa ni. ibu rizqin yang comel nia pon masih tidak ketinggalan nak buat entri pasal ni.. **lap ailio dulu**

agak mencabar di bulan puasa nak buat entri pasal makanan.. tiap ari weh aku fikir menu apa yang nak dimasak.. tahun pertama berpuasa sebenar sebagai suami isteri.. kan aku da cerita kat entri sebelum ni.. semua mak mentua aku yang handle pasal makan.. ai is tumpang ngan dia masa tu sebelum dapat rumah..

aku lebih suka masakan yang fresh bila bulan puasa.. tak suka yang jenis berkali-kali panaskan makanan tuh.. sebab tu juga sampai tak taw menu apa yang nak dibuat.. memang laki aku jenis tak kisa.. ai is isteri mithali so kena la pandai hadap sume ni..

tak mau taip entri panjang.. meh layan menu aku..

 ni masa ramadhan pertama.. hokeh.. gigih aku masak kari ikan kembung.. request by encik suami

menu hari kedua puasa simple mimple je aku buat.. laki aku ni pesen kalau masak kicap cukup admire.. suka benar.. aku la yang senang.. da taw apa dia nak terus boleh proceed.. tak de la mcm tetiap ari nak tanya apa dia nak.. tensi hokeh..

daging masak kicap

setakat ni ja aku nak celoteh pasal menu ramadhan ari pertama dan kedua.. insyaAllah kerajinan datang akan update lagi pasal menu makan sammmmmpaaaiiii la ramadhan ke30.. hokeh.. kumpul kekuatan sikit nak update entri.. 

nota chomell: fenomena cheesekut melanda semua blogger gojes.. aku masih dalam planning nak cuba.. insyaAllah ada kelapangan jadi la cheesekut aku tuh..

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥


Thursday, July 11, 2013

family day BGK 2013 - part 2

hello..

sambung lagi.. hope korang tak muntah ijau la kan.. panjang sgt entri sebelum ni sb 2 aku wat part 2.. pes time entri sepanjang ni.. smpai ada part bagai lagi..

kali ni tak mau melalut panjang sebab nak straight to da point. harapnya ni last entri..

aku nak cite pasal lucky draw aka cabutan bertuah.. hadiah mmg grand weh.. sume mashuk aw,,

jom layan gambar sb malas nak taip panjang.. saksikanlah..


 cari pix dapat lucky draw tak jumpa.. adiah ni la yang aku dapat.. sama hokeh






 akak ni dapat adiah queen of the night

 encik haziman plak dapat king of the night

derang ni dapat adiah family sporting.. cayalah abg aizam... pari2 dia comel okeh

last sekali mesti kena tempek pix owner blog kan

sori pix kabur sket.. owner camera tak pandai setting..

nota chomell: hope next time akan ada lebih meriah dari ni.. mmg bes taw sebab dapat mengerat hubungan sesama keluarga..

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Wednesday, July 10, 2013

wordless wednesday #13

salam sume

da berada dalam bulan posa jadi tak taw plak entri apa nak ditaipkan
masak2 nak bagi suami makan pon dalam dilema
memang laki aku tak cerewet tapi aku tetap tak taw apa yang bes nk dimasak

dah.. tue je nak bgtaw

ok. bai..

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Tuesday, July 9, 2013

salam ramadhan 1434h

salam sekalian

syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk merasai nikmat berpuasa..

maka dengan rasminya esok kita akan mula berpuasa.. marilah kita laksanakan rukun islam yang keempat iaitu:- 
BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

antara 5 rukun islam ialah:-

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

tahun ni aku sangat eksited nak sambut puasa sebab tahun pertama merasa nak bangun sahur masak sendiri sama gak ngan nk berbuka.. tahun lepas tak merasa sebab dok ngan MIL. so sume dia yg sediakan. aku tinggal nak mengadap makan je.. MIL tak prefer aku masak sb katanya aku mengandung so bia dia selesaikan sume..

MIL aku ni memang sorang yang prihatin sket. suka bersusah payah demi anak menantu.. aku memang salute MIL aku.. Syukur Ya Allah dapat mentua yang sporting dan bole terima seadanya..

sumber: fb

apa lagi kawan-kawan marilah kita menegakkan niat. moga Ramadhan kali ni kita diberi syafaat bersama.. kita diberi hidayah untuk berubah kearah kebaikkan.. kebaikan yang akan kita nikmati di akhirat kelak.. acewah da macam ustajah ai ni.. hover sudah.. bukan apa sekadar mengingati sb aku pon salah sorang yang masih memerlukan banyak perubahan untuk menjadi wanita solehah idaman suami

moga kesempatan yang diberikan ini kita jaga sebaik mungkin.. amin ya rabbal alamin..

Ahlan Wa Sahlan.. :-)

nota chomell : hutang ngan korang entri pasal cabutan bertuah family day aku.. aku tak lupa.. da draft tinggal nak publish je.. esok lusa hokeh :-)

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Monday, July 8, 2013

family day BGK 2013 - part 1

hai gojes

ingat tak aku penah cakap pasal family day yang buat dekat melaka tu.. ni br berkesempatan nak publish.. da lama simpan dalam draft.. aku simpan sebab tak de gambar.. ada blog tanpa gambar tak best la kan..

aku mmg tak sempat nak amek gambar.. berdukung anak kecik tak sempatnye hah nak pegang camera..    laki aku nak amek gambar memang tak de la kan.. dia kurang sket.. nanti aku nak train dia bagi rajin amek gambar la.. blogger mesti kena ada kamera 24hours.. apa saja yang jadi dalam idop sume nak creta kan.. tak de la sampai creta dalam kain pon nak bukak kan.. gila la kan..


baju rasmi yang kiteorang sume kena pakai.. merah kan.. angggg gitew

sampai je kat hotel terus check in.. hadoi letih weh.. muka gila melekit kan.. amboi ko.. bukan jaoh benar melaka tu.. 1 jam perjalanan je.. da setel sume pastu dapat call dari admin family day minta kumpul kat padang.. da nak start telematch katanya.. apa lagi gegas mencari padang..

so, far sume oke kat a famosa resort ni.. hotel oke.. servis pon oke.. cepat pantas oke..

ada banyak game yang dianjurkan tapi tak dapat join sebab aku kena jaga anak.. encik suami eksited nak men game.. so aku oke je.. sebab bia dia kenal2 ngan kawan pejabat aku... last game je aku join.. encik suami bagi peluang sebab dia nak jaga rizqin.. rizqin masa ni da tido.. letih sangat.. cian anak ibu..



dalam pukul 5 da setel sume game kiteorg. admin suruh balik hotel dan get ready untuk dinner malam ni dengan tema MASQUERADE AND GLAMEROUS.. gila meroyan ko. aku nak mencari baju ikot tema.. tak penah plak aku nak pkai cm tu skali.. hurm aku is tak ikot sangat tema,, simple mimple je,, janji nampak nice.. topeng tu penting..

tskk.. topeng aku hilang.. ada yang amek.. tak pe aku oke je,, murah je topeng tu.. bole beli lain.. sobsob.. sedapkan hati..

masa malam dinner ni mmg bes sebab makanan yang dihidangkan memang panas.. bakar dekat situ oke.. aku suke bbq style cm ni.

aktiviti malam dinner ialah pertandingan karoake, acara potong cake besday untuk sape yang lahir dari bulan april hingga jun.. ai is suke sebab tergolong dlm group ni dan last ada cabutan bertuah.. sume orang tunggu part ni ler.. nak aim hadiah yang besar.. kihkih.. sama mcm aku..

 chef yang baek hati masak makanan kiteorg

 admin yang banyak menjayakan event ni

 ahli kuarga bgk




masa amek gambar ramai2 ni aku memang dah lama ilang.. anak aku da lama mimpi smpai ke bintang jadi terpaksa la beransur pulang ke hotel.. tak sempat nak bergambar lebih pon. sekadar yang mampu sahaja.

nota chomell: kena sambung part 2 plak sebab kisah family day cukup panjang.. part 2 nak cerita pasal cabutan bertuah plak

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥