nuffnang

Friday, March 29, 2013

my wishlist :)

Salam jumaat kengkawan J

Today nk story mory sket pcl wishlist aku. Tak de ler banyak tapi tetap 101% nak memilikinya.

Antaranya ialah :-

Meja makan

Aku kawen da masuk setahun tapi meja makan pon tak beli lagi. Bukan aku kedekut tapi duet simpanan yg ada masih byk nk digunakan lagi. Ada lagi penting k. Selama ni kami laki bini hanya makan di lantai saja. Lagi nikmat taw.. suami tetap makan bertambah2..

sumber : incik google

Rak pinggan

Mmg aku da ada rak pinggan. Aq means nak yang lagi besa. Bukan nak ekk tapi senang aq nak menyusun pinggan aq yang ala tak berapa nak banyak ni. Kalu dapat encik suami belikan tambah2 ler lagi sayang aku. Hakhak.. selama ni tetap sayang gak..

Thermopot

Hat ni paling wajib mmg impian terbesar aku dan paling besh kalu aku dapat memilikinya. Laki aku suka sangat minum air panas. So, kalu ad menda alah ni tak yah dah aku gigih nak memasak ayer panas

sumber : incik google



Periuk kukus 

Aku kan ado ank kecik yang nak masuk umur 6 bulan. So mmg sesuai n tepat la perlukan ni tok kukus or stim sgala buah2an nak bagi lembut kan. Aku lebih prefer stim or kukus dari rebus.. pendapat memasing la kan.. da ni cara aku nak wat makan c tecik.

Bersyukur aku kalu dalam masa terdekat dapat ku penuhi segala wishlist ni. J

Nota chomel : rindu ngan beby rizqin.. da pandai wat bunyi.. ank pengasoh tukang mengajarnya. ngeengeee

Thursday, March 28, 2013

rindu masih bertamu lagi

alahai ler anak
tiap detik, masa dan saat
ibu sentiasa rindu kamu
kamu penyeri hidop ibu dan ayah
SELAMANYA

jangan amik mudah yer...

Salam uollss..

Iolls ni da tak ada kata2 yang dapat aku gambarkan bila anak aku jatuh dari katil. Atas kelalaian aku juga.. maafkan ibumu ni  sayang.. sungguh2 aku nages bila ingatkan sume ni.. debar2 hati aku memikirkan.. opkos bila ni terjadi ibu2 sekalian akan risau kan.. ibu muda mcm aku ni baru belajar nk menjaga da nampak kelalaiannya.. acaner nk tambah cawangan ahli lagi ni.. moga nk ni menjadi iktibar wat aku dan incik somi..

So, aku dengan gigihnya mencari la maklumat bila insiden jatuh katil ni terjadi dengan bantuan incik gogel yg ensem lg bergaya =)

Berikut adalah maklumat yang perlu diketahui apabila kanak-kanak terjatuh:

  • Posisi jatuh?
  • Bahagian yang terhantuk tingkat: muka, kepala, atau bahagian badan lain?
  • Apakah anak pengsan, berapa lama?
  • Adakah benjolan di kawasan kepala?
  • Adakah patah tulang: leher, bahu, lengan, atau kaki?
  • Adakah sakit kepala atau muntah?
Sejurus selepas anak jatuh, ibu bapa seharusnya melakukan pemeriksaan sendiri seperti berikut:

  • Pastikan keadaan anak sama ada sedar atau tidak dengan memanggil namanya atau menggoyangkan badannya.
  • Rabalah seluruh bahagian kepalanya dengan sedikit penekanan bagi memastikan terdapatnya benjolan, kesakitan, atau "dekok" (fraktur mampatan) di kepala.
  • Jika ubun-ubun belum tertutup, rabalah ubun-ubun dan pastikan sama ada ia membonjol atau tidak. Ubun-ubun yang membonjol menunjukkan adanya peningkatan tekanan dalam otak, boleh berlaku kerana pendarahan.
  • Gerakkan kepala, dan tangan kakinya untuk memastikan tidak ada patah tulang leher, bahu, tulang belakang.
  • Perhatikan dengan teliti: mata, kelopak mata, raut wajah atau senyumnya adakah perubahan?
  • Pastikan penglihatannya tidak terganggu.
Bawalah anak anda ke hospital/klinik untuk pemeriksaan lanjut apabila mendapati simptom-simptom berikut:

  • Anak menjadi tidak sedar atau tidur terus.
  • Anak menjadi delirium, bingung, dan meradang.
  • Kejang / kelumpuhan pada wajah.
  • Sakit kepala atau muntah secara konsisten atau semakin bertambah.
  • Terdapat simpulan pada leher.
  • Timbul benjolan di kepala terutamanya disekitar tempurung kepala.
Di hospital sebaik-baiknya lakukan pemeriksaan CT scan kepala untuk memastikan jika berlakunya pendarahan otak. Pemeriksaan ini dilakukan apabila disyaki adanya pendarahan otak dan yang mana pasa kebiasanya tidak akan terjadi serta merta. Ini kerana, pendarahan otak terjadi dalam keadaan sedikit demi sedikit. Anak yang mengalami pendarahan otak ringan biasanya tidak akan mengalami gangguan perkembangan di kemudian hari. 

Langkah-langkah Pencegahan bagi mengelakkan kejadian jatuh dikalangan anak-anak terjadi:

  • Untuk bayi yang kurang daripada 6 bulan, apabila sudah boleh berguling, seelok-eloknya diletakkan ditempat yang selamat ketika tidur / berbaring. 
  • Bila anak sudah boleh berdiri, berikan pelindung di tempat tidurnya.
  • Bila anak sudah boleh berlari, awasilah dengan ketat dan sepatutnya.
  • Elakkan penggunaan baby walker tanpa pengawasan orang dewasa.
  • Pastikan keadaan lantai bebas licin.
  • Pastikan anak-anak kecil disekitarnya bermain dengan baik dan tidak membahayakan sesama sendiri. 
 penyeri rumahtangga aku

Syukur Alhamdullilah, my debot takde menunjukkan kesan2 negatif dan masih aktif seperti sediakala.. InsyaAllah.. Arap pas ni aku lebih berhati2 dalam mengawal n menjaga si kecik yang makin lasak.. no words except fer Alhamdullilah kerana anak aku bebas dari segalanya..

Wednesday, March 27, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #1

terima kasih Ya Allah atas kurniaan yang telah Engkau berikan kepadaku
akan ku jaga amanahmu ini sebaik mungkin
moga aq mampu menjadi isteria yg terbaek buat suami
dan ibu yang terhebat buat anak-anakku

nota chomel: geramnya dengan c debotku ini.. ♥♥

Tuesday, March 26, 2013

pengalaman bersalin yang paling indah

Salam uollss

Cerita ni mcm agak basi.. tp aku tetap nk creta.. pedulik hape aku. Cam ni cretanya.. penuh semangat 1malaysia aku nk creta ni.. 

12/10/2012:-
Aku diminta ke hospital Serdang sb kena admit la.. katanya tak nak beby overdue. Sebelum pegi pagi tu sempat lagi aku menyiapkan sarapan encik somi tercinta.. nampak tak sape calon isteri mithali tahun ni.. cewah layak ke ko mak jemah oiii.. so pas je makan sgala bagai.. aku pon menyiapkan diri dengan gigihnya ke sepital. Selepas prosen pendaftaran segalanya, aku diminta ke masuk ke dalam bilik hape ntah untuk dicek bukaannya.. baru 1cm.. phewwww.. agak cuak disitu.. akibat wad sume penuh doktor kasi chance aku balik umah. Dengan harapan ada kekosongan wad n katil untuk aku..

13/10/2012:-
Pepagi lagi aku da bergegas ke hospital sb doktor da ckp klu datang awal so posibble nk dapat katil n wad tinggi la.. nampak tak kegigihan aq kat situ.. rindukan si kecik dalam perut sanggupnya aku. Prosedur macam biasa la doktor akan cek bukaan laluan aku.. baru 2cm. Sakit ape pon aku tak terasa..

Selepas Prosedur mendapatkan katil n wad selesai.. alhamdullilah lega rasanya. Sakit masih tak terasa lagi.. leh melompat-lompat lagi.. jangan ko cari pasal yer.. jam tepat pukul 10.00 malam.. sakit kontraksi da terasa.. tapi rilek-rilek lagi..

Jam sekarang sudah menunjukkan pkul 12.00mlm.. aku da mula tak keruan.. sakit ya Allah.. terasa mcm pinggang dibengkokan.. aku masih gagahkan diri juga manahan sakit kontraksi..

kecomelangemukkan aku terselah.. perasan benar ko dik noon oiiii

14/10/2012:-

Tepat jam 3.14pagi maka lahirkan putera hatiku yang ku nantikan selama ni. Lahir dalam keadaan yang hanya sekali push sahaja.. baby seberat 3.1kg dapat melihat dunia secara rasminya. Alhamdullilah Allah mempermudahkan segala urusanku. Nurse menyerahkan anakku kepada suami untuk diazankan.. maka sempurnalah kami sekeluarga.. ibu akan membesarkanmu dengan penuh kasih sayang.. kerana HAARIS RIZQIN lambang kasih sayang ibu dan ayah..

 fresh from oven..3.14am 14/10/2012

maka lengkaplah keluarga aku.. dunia akhirat aku.. 

sepanjang hidup

Aku bersyukur kau di sini kasih
Di kalbuku mengiringi
Dan padamu ingin ku sampaikan

Kau cahaya hati
Dulu ku palingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oh inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku

Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu

Yakini hatiku kau anugerah Sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih penguat jiwaku

Berdoa kau dan aku di Jannah
Ku temukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oh inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku

Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu

Yakini hatiku bersamamu ku sadari inilah cinta
Tiada ragu dengarkanlah
Kidung cintaku yang abadi

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku

Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku

nota chomel : dengar lagu ni wat aq rasa nyaman.. liriknya memberi 1001 makna.. 
sayangnya aku pada suami tercinta.. yang sentiasa sabar dengar karenah aku.. 
:)

Friday, March 22, 2013

baby boo ♥♥

salam kawan-kawan sekalian
minta maaf ler bebnyak
lama benar menyepi 
bz ler katakan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ni la putera hatiku yang comel lg gebushhhh =))



moga membesar menjadi anak yg soleh ye baby boo

ibu sayang kamu teramat