nuffnang

Tuesday, April 30, 2013

kudap2 sebelum ke Mom & Baby Expo

salam selasa blogger gojes sekelian,,

(warm up ala2 GWIYOMI)

semangat tak aku? pasepa semangat sangat weh? kekdahnya sok cuti ari pekerja lol.. letih badan ni masih terasa kan.. so bila dapat cuti lega kan.. walau seari pon. planning nk bikin sup ayam untuk beby rizqin.. bg makan sedap sket.. 

dengar2 creta Mom & Baby Expo akan diadakan di Mid Valley.. so, ai is pertama kali nak pegi serbu. before ni tak pena pegi weh.. sobsobsob.. kecian kan.. da bincang dengan incit suami.. nak amek cuti semata-mata nak pegi serbu expo 2.. pagi2 lagi nak pegi sebab tak nak terlibat dalam sesak jalanraya. 
:-)

antara barang yang akan aku grab ialah:-
  • botol/puting susu. (jenama pilihan ialah Tommee Tippe, MAM or Avent)
  • sets baju lengan pendek 5 pasang
  • sets baju tido 5 pasang
  • sets baju jenjalan 5 pasang
  • mainan 
  • kelengkapan peribadi
  • lain-lain 
nanti aku akan gigihkan diri wat entry pasal ape yang aku rembat yer. ni baru kudap2 jek. 

nota chomel: tetiba teringat meatballs abg burn.. motip????

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Monday, April 29, 2013

seloka mcd!!!!

monday blues...

bila tiba ari senin je mesti malas kan.. aduih... tak sempat golek puas² dengan beby Rizqin ni.. bila da tiba saat bosan harus dicari kudap² yang kelakar² sket.. peneman masa mengantuk kat opis ni..

so,, moh ler layan dialog ni... dialog antara Samad ngan pihak MCD..

kisah 1: 
Samad : hello mcD
-mcD : iye.. nak pesan ape?
Samad : ayam ada??
-mcD : ada
Samad : boleh beradu dengan ayam laga saye tak ?
-mcD : (tutup telefon)

kisah 2:
Samad: hello mcD
-mcD : iye betul .. ini yang telefon tadi ye ?!!!
Samad : nak tanye makanan ni.. ayam ade lagi ?
-mcD : ade !
Samad : nasi dengan ais-krim ade ?
-mcD : masih ade
Samad : kesian .. tak laku ek ?
-mcD : dasar orang gilaaa !!! (tutup telefon)

kisah 3:
Samad : hello mcD
-mcD : weyh gile ! kau jangan nak main2 boleh tak?
Samad : yeeee .. maaf nak tanye , bukak 24 jam ke ?
-mcD : yee .. kenape ? nak pesan pape ?
Samad : takk.. cume kesian.. tak boleh tidur :3
-mcD : (baling telefon)

kisah 4:
Samad : hello ini mcD ?
mcD : kau jangan lebih2.. saye cari belasah baru tau ! (mula marah)
Samad : maaf .. serius.. sekarang saye nak pesan makanan niii
mcD : haaa.. camtu laa.. jangan main2 lagi k.. nak pesan ape ?
Samad : bubur kacang hijau ade tak?
mcD : (kejang , mulut berbuih dan pengsan seketika)

nota chomel: kalau aku jadi pekerja mcD tu mmg hangin abis ler.. 

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Thursday, April 25, 2013

jom main masak2


Heloo khamis..

Ari yang paling dinanti2kan… saya suka..saya suka (tiru cm mei mei cakap)

Tak de la nak heboh mana kan. Saja je.. aku nak ngtaw yang ari selasa lepas aku ada watkan puding roti kukus.. ekceli ni menu lame tapi aku pes time nak mencuba.. alhamdullilah menjadi.. yang part paling bes hubby puji sedap la.. 

so aku share serba sket la.. puding roti ni buat secara mengejut.. bahan2 pon main letak je.. 

bahan2 :
4 keping roti yang disapu butter
**susu DL full cream yang 250ml 
**4 sb gula
**1 sk esen vanilla
**2 biji telur
(** dipukul hingga kembang)

caranya:
  • roti tadi tue dipotong kecik dan disusun secara terabur dalam bekas.. 
  • bahan ** dituang ke dalam bekas yang roti disusun tue
  • kukus dalam 20minit dan sedia dihidangkan


see.. simple dan senang je kan cara nak buat puding roti kukus ni.. disebabkan tak ade hiasan so nampak biasa je puding aku.. korang leh letak coklat cip ke. hirisan badam ke or kismis pon bole.. apa2 je yang leh menarikkan korang punya puding roti ni.. klu aku dapat wat sos kastad skali mesti sedap kan.. makan mcm ni saja pon sodap gak.

meh layan gambar ni..

ai is kukus dalam periuk nasi je.. pengukus blom beli lagi.. periuk nasi yang byk berjasa,, membantu ai dalam menyediakan puree rizqin

ni sebelum puding roti masak.. masak dalam tipuware je.. ruangan terhad

afta masak sepenuhnya.. membesar bagai johan,, hehehe

pas je siap masak puding ni.. hubby da tak menyabar nak makan.. panas2 dia minta potongkan.. ai kan isteri mithali so turutkan je la.. selamat mencuba dan menjamu selera.. :-)

nota chomel: puding ni klu kasi anak korang makan pon bole gak.. sebab sedap sangat rasanya,, bagi anak ai.. kena la betol2 lenyek puding ni.. 

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Wednesday, April 24, 2013

wordless wednesday #5 - rindu sangat ni


huhuhu baru je bape jam aku dok kat pejabat 
aku da rindu dengan buah hati sorang ni
dari pagi dok belek gambar anak teruna aku ni tanpa jemu

rizqin,, ibu rindu sama kamu sayang


nota chomell: rizqin tak berapa nak sihat,, get well soon sayang,, anak ibu kuat kan.. ibu percaya kamu boleh sihat seperti sebelum ni.. ibu nak rizqin yang selalu ceria.. 

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Tuesday, April 23, 2013

isteri yang terbaik

entri yang paling PANJANG dan aku share kat korang sume. semoga ada hikmahnya dari cerita ni.. menitis tatkala membaca cerita ni. 

ISTERI YANG TERBAIK….SETIAP SUAMI MESTI BACA !!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum….Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..

Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya ldquo;Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.

Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..

Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.
”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..

Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….

Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya.”

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…

Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
----------------------------------------------------------------------------------
notachomell: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada….
Semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Monday, April 22, 2013

7 fakta menarik untuk tatapan anda


monday blues..

biasa ler pepagi isnin cenggini la rasanya.. paling lemau skali..

so, jom layan entry ni..

1. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. “Laksa kedah” pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita “laksa mana ni?”

2. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu ‘babi queue’ haram dimakan oleh orang Islam.

3.Anda tidak boleh menyetuh telinga sendiri menggunakan siku anda

4.Tahukah anda,sekiranya anda mengambil 350 ml air dari sinki dan kemudiannya dimasukkan ke dalam cerek yang mengadungi 150 ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api yang bersuhu 100 darjah celcius…Ia akan menghasilkan satu cecair yang dipanggil ‘air masak’

5.Orang yang tidak kisah langsung tentang Wang ringgit, Pangkat,kedudukan ialah Orang Utan

6.Coach Manchester City,Roberto Mancini tiada kaitan dengan Tasik Cini di Pahang

7.Kebanyakan orang yang baca Fakta ni akan cuba untuk menyentuh telinga sendiri menggunakan siku..

notachomel: senaman minda di pagi isnin :-)

Thursday, April 18, 2013

kelebihan berwudhuk sebelum tido


salam blogger gojes sekalian, 

entry yang manfaat untuk pengetahuan sekalian :-)

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci ,
“(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).

Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti.

Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu,
maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.

notachomel: Alhamdullilah, aku masih mengamalkan sehingga kini kerana aku percaya ini merupakan penghalang untuk anasir lua hinggap kat kita..

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Wednesday, April 17, 2013

wordless wednesday #4 - tanpa ayah di sisi kami

meh layan gambar kami 2 beranak.. tanpa ayah disisi.. ayah ada urusan lua sekejap.. so si ibu dan ank ni stat la wat syok sendiri.. yang si teruna plak layan je peel ibunya 

meh saksikan gamba kami ala-ala model syok sendiri

anak teruna yg debot.. pakaikan kopiah ayah yg super besar..
sejuk mata ibu lihat rizqin..

hah ko tgk la sape yg hover tue

sungguh aku geram tengok gamba ni.. nak plak tgk anak aku..
mcm ibu nk gigit2 je pipi laboh itu

ibu yang belakang tue nampak sangat hover oke.. sila jaga perangai awk wahai ibu muda..
hehehehe

sekian saja untuk tatapan ari rabu,, no more talk yer!!!!

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥


Tuesday, April 16, 2013

apa itu ubat hati?

salam hari selasa

sakit hati.. grrrr... memacam perkara yang kita akan fikirkan pasal orang tue..

bila da sakit haruslah mencari ubatnya kan..

so..

nah
.
.
.
.
.
.
.



nota chomel: tak baik simpan rasa buruk2 kat orang.. pegi la jejauh rasa ni.. moga aku mudah memaafkan segala salah dan silap sume orang.. :-)

salam sayang selamanya 
ibu rizqin ♥♥♥


Monday, April 15, 2013

masalah ruam lampin

salam petang kawan sekalian

ketika entry ini ditulis, hati aku gundah gelana sebab my lil hensem ada nappy rash yang sangat teruk. masa ari sabtu ritu beby rizqin asek nages je.. smpaikan si ibu ni menitis air mata dek tak sanggup melihat keperitan yang dialami oleh ank..

ibu sanggup amek saket tu. sob..sob..sob.. serius sedih weh.. menitis2 air mata anak aku menahan kesakitan.. sepanjang 6 bulan dia idop tak pena pon seteruk tuh..

ntah silap aku kot. gatal tangan nak tukar pampers HUGGIES DRY punya pasal.. da elok pakai DRYPERS dan tak de masalah.. pegi cari masalah.. ampunkan ibumu wahai anakku.. 

so, gigih cari punca apehal NAPPY RASH ni boleh terjadi :-

Apakah itu Ruam Lampin?

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung,kelengkang dan peha. Kulit baby adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Oleh itu ia mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah baby jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.

Apakah yang menyebabkan Ruam Lampin?

1) Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit baby yang sensitif menyentuh air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.

2) Najis baby terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan baby, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.

3) Alahan pada bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun atau pelembut yang digunakan untuk mencuci lampin kain.

4) Sabun yang tidak dibilas dengan sempurna daripada kulit baby selepas mandi.

5) Alahan atau kerengsaan apabila tersentuh pada lapisan bahagian dalam lampin.

6) Pertukaran dalam makanan baby yang mana menyebabkan air kencing dan najisnya lebih merengsakan kulit akibat meningkatnya kandungan asid.

7) Alahan pada bahan kimia yang terdapat di dalam lampin pakai buang. Pulpa dan bahan sintetik merupakan bahan utama untuk pembuatan lampin pakai buang. Bahan kimia iaitu dioxin terhasil semasa proses melembut dan menggebukan pulpa supaya menjadi kepingan kertas yang putih dan gebu.

Tanda-tanda Ruam Lampin

Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.

Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.

Komplikasi Ruam Lampin

1) Ruam dijangkiti bakteria atau kulat
2) Jangkitan salur kencing
3) Ekzema atau ruam kulit alergik

Cara Rawatan

1. Rawatan terbaik ialah menukar lampin secara kerap dan juga penggunaan bahan pelindung kulit yang mengandungi zink oksida.

2. Gunakan air suam untuk mencuci punggung baby setiap kali selepas membuang air kecil atau besar.

3. Tukar lampin bayi dengan kerap, dan biarkan mereka tanpa lampin apabila perlu untuk menggalakkan pengudaraan dan mengeringkan kulit baby.

4. Elakkan dari menggunakan tepung jagung kerana ia menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat.

5. Elakkan dari menggunakan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru baby dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.

Pencegahan Ruam Lampin

Perkara utama untuk mencegah dan mengelakkan ruam lampin adalah dengan memastikan kawasan lampin baby anda sentiasa bersih, nyaman dan kering.

• Periksa lampin baby anda secara kerap dan tukarkannya sebaik sahaja ia basah atau kotor.

• Berhati-hati membersihkan bahagian punggung baby anda apabila menukar lampin. Gunakan air suam dengan atau tanpa sabun yang lembut.

• Biarkan kulit baby anda kering sepenuhnya sebelum memakaikannya semula dengan lampin lain.

• Gunakan ubat sapu yang mengandungi zink oksida untuk melindungi kulit baby anda.

• Elakkan penggunaan seluar plastik dan kain lampin yang diikuti dengan penggunaan lampin plastik.

• Elakkan penggunaan sapuan lampin / wipes (tisu basah) yang mengandungi alkohol.

• Sekiranya ruam berterusan, tukarkan jenis sapuan lampin, lampin dan sabun yang digunakan.

Sebenarnya ruam lampin ni ada banyak jenis. Jenis yang ringan..yang kulit baby kemerahan biasa..dipanggil contact dermatitis. Cara rawatan di atas sesuai digunakan untuk merawat ruam jenis ni. Penting untuk kita memastikan jenis ruam lampin baby bagi menentukan cara rawatan yang sesuai. Selain contact dermatitis ni, terdapat juga ruam lampin jenis candida dan juga Seborrheic dermatitis.

Ruam lampin candida

- Jangkitan kulat pada kulit di kawasan lampin yang mungkin meliputi bahagian punggung, celah paha, paha dan abdomen.

- Disebabkan oleh organisma Candida albicans di mana ia hidup di kawasan panas dan basah.

- Ia muncul sebagai ruam yang berwarna merah lembab dengan bintil-bintil kecil berwarna putih atau kuning, dan dalam keadaan yang lebih teruk warnanya menjadi lebih merah.

- Ia mudah dibezakan daripada contact dermatitis jika ruam tersebut melibatkan lipatan-lipatan anggota badan.

- Jika ruam ini tidak hilang dalam masa tiga hari dengan rawatan yang bersesuaian, bawa anak anda berjumpa doktor kerana mungkin ia bersangkutan dengan jangkitan kulat.

Rawatan:

• Krim atau ubat sapu antikulat, seperti nystatin, disapukan pada kawasan ruam beberapa kali sehari.
• Keringkan kawasan yang dijangkiti.
• Sapukan krim antikulat diikuti dengan krim zink oksida.

Berjumpa doktor sekiranya:

• Ruam lampin berlaku dalam jangka masa 6 minggu selepas kelahiran.
• Sekiranya ruam menjadi jerawat dan ulser kecil.
• Baby anda demam.
• Baby anda susut berat badan atau tidak makan seperti biasa.
• Wujudnya benjolan atau bintil-bintil.
• Ruam tersebut merebak ke bahagian lain seperti lengan, muka dan kulit kepala.
• Ruam tersebut tidak sembuh selepas mencuba rawatan-rawatan yang disyorkan dalam masa satu minggu.

Seborrheic dermatitis

Tanda-tanda dan simptom

• Disebabkan oleh pengeluaran minyak yang berlebihan oleh kelenjar sebaceous.
• Ruam berwarna merah, bersisik dan berminyak.
• Dilihat sejurus selepas kelahiran di tempat-tempat yang mengandungi banyak kelenjar
sebaceous iaitu kulit kepala (cradle cap), di belakang telinga, bawah lengan, di celah peha, dan di lipatan kaki.
• Kadang-kadang jika ruam sangat teruk, ia boleh mengeluarkan cecair.
• Jangkitan kuman boleh terjadi.
• Kemungkinan akan berlaku sisik-sisik di bahagian kening, muka dan kulit kepala.

Rawatan

• Krim steroid jika perlu boleh membantu keadaan ini.
• Kadang-kadang krim antikulat diperlukan jika ada jangkitan kulat.
• Minyak zaitun boleh melembutkan sisik-sisik dan kulit kepala dapat dirawat dengan penggunaan syampu.

Selain contact dermatitis, candida dan juga Seborrheic dermatitis, penyebab lain ruam di kawasan lampin termasuk:

• Atopic dermatitis
• Jangkitan seperti bullous impetigo atau jangkitan streptococcus

Kesimpulannya..semoga lepas ni aku dan bebysitter Rizqin lebih berhati-hati dalam mengendalikan lampin Rizqin. Prevention is better than cure! kesian sangat beby rizqin masa kena ruam lampin ni. tak sanggup sangat aku nak tengok Rizqin nages smpai mcm tue skali. 

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Friday, April 12, 2013

lelaki ucap maaf, boleh membuatkan jantung wanita sihat.. iyer dak?

salam penghulu hari sekalian 

:-)

walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan dua kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. mungkin bagi anda perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah anda bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan ikhlas dapat membantu memanjangkan usianya?

mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafazkan kebanyakkan orang terutama lelaki. akan tetapi, kajian ilmuwan dari massachusetts university membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

kajian ini dilakukan ilmuwan di university of massachusetts medical school di worcester, as. kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’. jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

jadi,sayangilah pasangan anda. jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf!

tapikan uolss kalu tgk muka ni bisa buat atiku cair secairnya
senyuman dia.. bikin daku tergoda
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 jantung hati dan buah hati selamanya :)


salam sayang selamanya 
ibu rizqin 

Thursday, April 11, 2013

antara sebab kenapa perempuan nampak cepat tua


hurm topik ni da lama aku pikir nak wat entry.. akhirnya terlaksana gak,, ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan uols semua wahai kaum suami sebab2 yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?
  • tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami..layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.
  • wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya… takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan “kau ni kuat betul makan!”

  • bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus. Kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker… xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
  • dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya… nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2… dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..
kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia lakukan..

selamat menikmatinya entri ni yer uols.. :-))

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Wednesday, April 10, 2013

wordless wednesday #3 - syahdunya beby rizqin

ni namanya fresh food feeder
beli khas untuk si kecikku

sedapnya buah lai yang ibu kita kasi.. manis rasanya
smbil mata menengok tv tue

ibu nanti kasi kita makan buah lain plak taw
guna feeder ni senang

tengok betapa sedapnya kita makan buah lai ni


terima kasih ibu sebab belikan rizqin feeder ni
senang nak makan
tak perlu ibu risau rizqin tercekik makan buah

salam sayang selamanya
ibu rizqin

Tuesday, April 9, 2013

mana nk pegi tue?

hye olsss
da ase tak menyabo nk p pasa tani

 alkesahnya 

aku nak pegi beli brokoli

sebabnya taw tak

aku nak wat 

BUBUR BROKOLI

fer my liltle 

HAARIS RIZQIN

alhamdullilah skg ni my lil caliph menunjukkan reaksi positif bila makanan disuap ke dalam mulut

harapannya 

aku ni rajin la wat bubur handmade utk ank

bukan takde alternatif tapinya bila bg anak makan dgn air tangan sendiri lagi 
PUAS ati sesangat

aku akan sentiasa kuatkan semangat nk wat makan ank...

mcm mana susah lahirkan ank mcm tue la aku akan berkorban segalanya tok anakku terchenta

salam sayang selamnya
ibu haaris rizqin ♥♥

Monday, April 8, 2013

nape xde mood??

ntah la wey.. aku sendiri pon tak bole kenal pasti napa aku tak de mood.. ntah ap la yang kusut sangat,, sekarang rindu dekat beby rizqin je,, 

rindu dekat anak ibu sangat,,

sori rakan blogger,,
t kita story mory lagi yer
tak taw entri apa yang nak ditulis


salam sayang
lebiu rizqin...

Friday, April 5, 2013

kuasa di tangan anda

salam jumaat semua.. 
penghulu segala hari

nampak tak tajuk aku
KUASA..
macam takut2 la plak..

tak de kena mengena ngan apa2 pon

actually aku ni pes time nak mengundi
afta 24 tahun idop di bumi mesia ni

ayuh kawan2 sekalian 
mari menunaikan hak masing2
anda semua penentu masa depan negara
cewah

pilihlah pemimpin yang selayaknya
untuk mentadbir bumi mesia ni

apa yang aku undi??

hahahaha rahsia ye 

:-)
ibu rizqin 


Thursday, April 4, 2013

apa yang ada dalam fikiran aku??

salam khamis sume

dengaq je tajuk ni mesti otak ngah ligat berpusing memikirkan apa plak ibu muda ni nak wat entry an.. nape bedah oii ko da bajet hot sgt ke org nak amek peduli sal ko.. hehehe

tak ada apa pon sebenarnya.. kan ank teruna aku nak menginjak ke usia 6bulan. so aku wajib gigih mencari ilmu untuk menyiapkan makanan pertama si manja

antara yang aku paling nak wat ialah puri buah-buahan.. sedapnya la weh.. harapannya minta la si kecik suka.. bak katanya ank suka ibu gembira..

kekdahnya ,, puri pertama yang aku paling nak wat ialah :-

1) puri lobak merah

2) puri kentang

3) puri brokoli

4) puri epal

5) puri/bubur nasi

ni je dulu dalam list aku.. insyaAllah ada kelapangan aku akan update lagi

salam sayang sume 
ibu rizqin

Wednesday, April 3, 2013

wordless wednesday #2- jom layan gambar ni

anak teruna aku ni kalau da dapat senyum punya luas mulut dia.. hepi yer nak.. sayang kamu..

time ni mata da ngantuk sangat,, see tecik je mata comel itu

shedapnya.. ni la hidangan RFC yang aku laki bini melantak malam tadi.. sangat bole tahan rasanya,, sedap weh.. 4 bintang aku kasi..

Tuesday, April 2, 2013

apa itu austime??

Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.

Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat.

Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili Autisme, dimana dibawa payung itu mengandungi pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma ‘Autism Spectrum Disorder’).

Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:
Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autisme)
Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu)
*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.)Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme, namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran.

Tanda-tanda bagi Autisme

Terdapat tiga jenis kelakuan pada karektor kanak-kanak Autisme:

1) Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.

2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.

3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya.

Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri ‘saya’.

Selain dari itu, kanak-kanak autisme juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.Adakah suntikan vaksin berhubungkait dengan autisme?

Pada masa dahulu, suntikan vaksin turut dikaitkan dengan autisme, namun kajian menunjukkan bahawa tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong teori ini. Pada masa kini, masih terdapat kajian yang sedang dijalankan berkenaan perkara ini.

Sekiranya, anak anda mahupun saudara mara yang mempunyai anak yang disyaki mempunyai simptom-simptom autisme, segeralah membawa mereka berjumpa dengan doktor yang berkaitan bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menghadapi situasi ini.

nota chomel: kenapa aku cari info pasal ni.. sebabnya aku ni ibu kepada seorang khalifah yang tak berdosa. info ni sekadar untuk pengetahuan aku je.. tak de kena mengena ngan sesapa pon.. 

peace okeh.. :-) 

Monday, April 1, 2013

Bagaimana hendak menjadi isteri yang solehah untuk suami

Dalam kehidupan rumahtangga pasti ada onak dan durinya. Terpulanglah kepada kita cm ner cara untuk mengatasinya. Pastinya perlukan teknik atau langkah yang betul. Kat sini aku ada bagi beberapa tips.. da nama pon perempuan pasti ada emosi yang tak terkawal kan. Moga kita sume dapat mengawalnya sebaik mungkin J

So, arap uolss enjoy membaca yer walaupon xsempurna mana

1) Taat
Isteri solehah perlu taat kepada suami selagi ianya tidak bercanggah dengan dengan agama

2) Menjaga solat
Solat merupakan perkara wajib dalam kehidupan kita. Sentiasa lah menjaga waktu solat kita. Dengan solat gak ianya dapat membantu dalam menjaga keharmonian keluarga. Solat merupakan tiang agama

3) Menjaga kemaluan dan aurat wanita
Pentingnya menjaga aurat dan kemaluan daripada bukan muhrim kita

4) Cium tangan
Ni mmg menjadi habit aku.. smpai je opis sblm nk kua dari keta wajib salam somi dan ucap salam. Aq pena terbaca la bila kita bersalaman dengan suami seikhlas maka dosa2 akan gugur melalui celah2 jari kita.. so uolss mari kita mengamalkannya

5) Lemah lembut dan sopan
Apabila bersama dengan suami hendaklah kita bercakap dengan lemah lembut dan sopan.. hah jgn plak ko nk terpekik terlolong dam cm 3 batu jarak ko ngan somi.. sgt tidak nice ler..

6) Banyakkan senyuman
Senyum itu 1 sedekah. Jadikan banyakkan senyum kepada somi supaya bila dia tgk sentiasa ada rasa kelembutan dan kasih saying

7) Ibu bapa mertua
Hubungan dengan mertua seharusnya kita pelihara sebaik yang mungkin.. anggaplah mereka seperti ibu bapa kandung kita kerana mereka merupakan sebahagian dari idop kita. Yang ni i like.. i n mother in law very the ngam.. hahahaha.. mak mertua I sporting uolss. Cm kengkawan plak

8) Menjaga makan dan minum
Pat ni paling aku suka.. air tangan si isteri pengikat kasih sayang dan perot somi.. untungnya aku dapat somi jenis tak kesa. Makan apa saja janji dari hasil masakan si isteri

9) Manja
Huhuhu.. bab ni cheq kurang sket.. tp selalu cuba untuk menjadi yang terbaek. Sorang somi mmg mendambakan isteri yang manja.. sifat semulajadi laki.. jgn plak smpai ko tegedik manja an

10) Memakai pakaian yang cantik
Pakailah pakaian yang cantik dan sedap mata memandang untuk somi. Beruntung lah kita andainya mata somi tidak memandang kepada wanita lain

11) Wangi-wangian dan berhias
Bila da wangi2 ni mesti dapat menambatkan kemesraan antara somi isteri.. so dear keep it. Ayoh lah kita berwangi2an

12) Hormat
Jaga air muka suami, jangan melawan cakap somi dan sentiasa mendengar pandangan somi. Penting untuk menghormati somi sebagai ketua keluarga

13) Dengar
Yang ni pon penting.. da nama pon isteri kan.. kenalah menjadi pendengar yang setia kepada somi supaya kita dapat mengurangkan masalah tekanan di tempat keje. Penat lelah dia keje pon utk isteri gak. Untuk mengukuhkan ekonomi keluarga

14) Menjaga kemahuan sex suami
Layankanlah kehendak dan keperluan suami seikhlasnya. Anggaplah ianya sebagai satu ibadah

15) Kurang membebel
Jangan suka membebel kepada suami.. jika pon ada perkara yang kita nk tegur mesti secara elok dan tidak berkasar. Jangan timbulkan kemarahan suami

16) Jujur
Perlunya sikap jujur dan berterus terang dalam perhubungan rumah tangga. Jangan sembunyikan apa2 dari pengetahuan suami.. bahaya uolss.. 

aku wat entry ni sebab nk egtkan sesama kita.. hidup rumahtangga ni besh sgt.. sentiasa ada teman suka duka..

salam sayang 
ibu rizqin