nuffnang

Wednesday, August 28, 2013

mood ke laut!!!

salam kawan sekalian..

sori to say
mood si ibu rizqin ni betol2 ke laut
padahal ada banyak benda nak diupdate

InsyaAllah bila kekuatan menaip datang akan aku update lelaju

sekian untuk kali ini

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥♥

Friday, August 23, 2013

cerita raya serba sikit part 2

salam kawan2 sekalian..

untuk part 2 ni memang tak de banyak sangat aku nak cerita sebab aku on the way balik ke kampung halaman tercinta.. masa banyak dihabiskan dalam kereta.. jadi gambar memang tak de hokeh.. sebelum balik encik suami ajak singgah ke Alamanda.. nak beli selipar.. selipar idamannya kena curik.. hilang kat masjid.. sudah2 sembahyang sunat aidilfitri bila nak balik tengok selipar da tak de.. sudahnya encik suami berkaki ayam menuju ke kereta..

untuk part 2 ni korang anggap je sesi aku nak membebel yer.. aku gerak balik penang dalam pukul 11pagi.. katanya nak tunggu mak sedara suami dari KL dan disebabkan dia lambat so pilihannya kami chow dlu ler.. lagi tangguh perjalanan lagi lambat sampai kan.. masa ni anak aku elok lagi.. Alhamdulillah tak de nak tunjuk tanda2 nak demam.. asek tido je dalam perjalanan ke penang.. bagus anak.. senang ibu ko nak borak2 dengan ayah..

aku tak singgah banyak stesen pon sebab nak cepat sampai kan.. benti kat UTC je.. benti sebab nak solat n bawa beby rizqin makan.. dalam kepala aku sangat2 tak sabar nak sampai penang sebab da terbayang muka my kesayanganess.. rindu derang weh.. tambah mak aku plak br baek demam.. lagi berkobar la aku nak jumpa dia..

masa dekat nak sampai dapat call dari my mak.. katanya terus pegi umah mak ndak aku.. katanya ada buat makan2 sket.. how i miss makan yang sedap2 yang asalnya dari penang..

sampai2 terus aku serbu mak abah aku.. salam derang n whole family yang ada.. pastu apa lagi sesi isi perot ler.. macam2 aku makan.. sumpah rindu gila ngan masakan mak n mak sedara aku.. derang masak sedap banget.. dok taip entri ni pon masih tertelan ailio dan terbayang2 makanan tu..

mak sedara aku masak nasi briyani.. fulamak.. sedap.. menitik ailio.. kena plak ngan lauk2 dia masak.. memang ngam ler.. sedap weh.. pas da setel makan.. solat maghrib dan meneruskan sesi berbual bersama sepupu sepapat.. riuh dan meriah.. rindu saat ni.. insyaAllah raya haji nanti ada rezeki lebih haruslah pulang ke penang..

anak aku pon da menunjukkan tanda2 nak tido.. jadi moh ler beransur pulang sebab esoknya ada perjalanan jaoh lagi.. nak ke Baling.. rumah kawan encik suami.. beskan raya ni.. sesi berjalan sakan..

so setakat ni je cerita raya part 2.. next kita sambung part 3 yer.. sila nantikan.. bajet ade plak orang nak baca blog aku.. hikhikhik

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥♥

Wednesday, August 21, 2013

cerita raya serba sikit part 1

salam kawan semua sekalian,,

aku masih lagi belom update tentang cerita raya keluarga kecil kami.. sebenarnya tahun ni tak brapa nk beraya sangat sebab beby rizqin betol2 tak sihat.. anak comel cenonet aku demam campak halus.. kesian dia.. suhu kemain melambung tinggi.. risau aku.. aku sentiasa demah kepala dia dengan air sejuk.. kata orang tua tu caranya nk cepat turunkan suhu panas badan bayi..

aku syak dia jadi demam sama sebab nak tumbuh gigi bahagian atas.. da ternampak bayang.. dan Alhamdulillah gigi tersebut da pon keluar.. hai la anak.. sabar yer sayang.. dalam proses membesar mcm2 yang akan kamu lalui.. ibu sentiasa ada disamping kamu yer kesayangan manja lentok ibu..

sebenarnya mood aku nak menaip panjang belom lagi datang.. dengan mengharapkan ianya datang sebab banyak benda nak citer.. tapi terus terang nak bagitahu tak banyak gambar yang daku amek.. sebabnya anak tak sihat pluss raya tahun ni kelam kabut sket.. iolls kan dah jadi ibu2 so banyak benda yang nak kena setel.. anak plak buat perangai lagi tambah la aku malas nak amek gambar...

setakat apa yang ada itu saja akan daku publish.. insyaAllah tahun depan aku akan lebih excited sb anak da besar sket.. senang sket nak handle my lil comel itu.. raya tahun ni sebenarnya banyak agenda taw.. tapi gambar tak de tu yang malas nak menaip panjang.. **huwaaaa nages weh.. anak tak sihat apa pon tak boleh buat** 

disebabkan tahun ni tak berapa nak banyak gambar so aku akan cerita je la apa yang berlaku pada Syawal2 indah yang lepas.. tahun ni decide ngan encik suami nak beraya kampun dia dulu.. dia oke je.. pas selesai sembahyang raya tu.. sesi syahdu suami isteri memohon kemaafan la.. aku part ni memang lemah.. mudah benar menitiskan air mata.. pikirkan dosa dan apa saja salah silap aku tak kira samada sedar atau tidak. 

sudah selesai semua ni kami ke rumah family encik suami.. sesi beraya bersama ipar duai.. memang bes sebab dengar riuh suara budak2 comel.. meriah umah mak mentua den.. abang ipar aku ada sekejap je ngan kiteorang sebab nak beraya sebelah umah isteri dia.. akak ipar aku awal2 lagi da balik kuala lipis.. umah sedara suaminya.. beraya sana katannya.. tinggal kami2 je la.. so planning ngan FIL n MIL.. derang ajak ke PD.. beraya sana. pheuwww.. bes weh.. puas gak la beraya sana.. debak debuk.. malam jugak la balik..

beby rizqin da menunjukkan rasa tak selesa.. aku plak da rimas tengok dia.. cian sangat.. agaknya dia da terasa tak sedap badan kot.. panjang plak aku menaip yer.. sila bertabah hati membaca entri ini yer..

last but not least.. meh tengok gambar raya keluarga kecil kami..

keluarga kecil dan dunia akhirat aku

 haruslah ade muka suami isteri walaupon si comel minta dilepaskan

muka beby rizqin pasrah melayan karenah ibu yang asek nak bergambar saje

last sekali mesti tampal muka budak comel selamanya.. kesayangan dan harta dunia akhirat

nota chomell: sila bersabar dengan hati yang tabah yer sebab pas ni ada part 2 dan selanjutnya.. tapi cerita sajok.. gambar ada la sket2 je.. 

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥♥

Tuesday, August 6, 2013

salam aidilfitri 1434h

salam semua

lagi sehari je kita semua akan menyambut hari lebaran.. sudah tentu ramai yang bersiap sedia ngan baju baru kan.. aku pon sama tak terlepas dengan semua ni.. aku dan encik suami tahun ala kadar sahaja.. anak diutamakan..yela budak baru pertama kali nak sambut raya.. tahun lepas beby rizqin raya dalam perut lagi.. tahun ni aku nak raya sakan. collect duit raya anak.. hikhikhik

sempena dengan hari lebaran yang akan tiba tak lama lagi aku ingin menyusun 10 jari memohon kemaafkan kepada rakan2 sekalian andainya ada :-

TERKASAR bahasa
TERSILAP bicara
TERMARAH yang tak kena
TERTANYA tak tentu hala
TERSASUL yang tak sengaja
TERPUKUL kat mana2
TERPEKIK  di telinga
TERHANTUK di kepala
TERPINJAM harta benda
TERMOODY tak semena-mena
TERUMPAT bila-bila
TERMACAM2 lagi yang kena-mengena

semoga kawan2 semua dapat memaafkan kesalahan aku samada secara nyata ataupon tidak.. tahun ni aku akan beraya di Selangor dulu pastu Penang akan menyusul plak.. tak sabar rasanya nak menyambut raya.. rindu kampung halaman, mak ayah, adik2 dan masakan mak..

aku akan mula bercuti raya pada 7 OGOS - 14 OGOS 2013.. raya sakan tak.? semoga kita semua menyambut lebaran dengan hati yang gembira dan tenang.. selamat tinggal RAMADHAN yang banyak memberi 1001 erti pada tahun ini.. insyaAllah tahun depan kita akan bertemu lagi andai diberi izin oleh Sang Pencipta.

dengan ingatan tulus ikhlas dari :-
ibu rizqin ♥♥
ayah rizqin
beby rizqin

berhati-hati memandu di jalan raya
ingat orang tersayang di kampung

sumber : encik google

Friday, August 2, 2013

santapan rohani #11

salam semua..

sumber: encik fb

salam sayang selamanya 
ibu rizqin ♥♥

Thursday, August 1, 2013

cerita menu : cheesecake biskut

salam

korang nak tahu tak makin dah nak abis puasa ni makin la aku malas nak masak.. kekadang sampai tahap aku da buntu apa benda la yang nak masak.. kalau tanya encik suami tak de makna dia nak bagi jawapan.. jawapan dia "masak la apapun ibu.. ayah makan je.. ayah tak memilih pon"... grrrr lagi la menambahkan kebuntuan aku apa nak buat..

entri ni aku nak cerita pasal cheesekut yang aku buat.. tengah famous amous di kalangan mommy gojes.. aku amek peluang membuat sama.. encik suami kemain puji lagi.. sedap katanya.. next time boleh buat lagi.. beby rizqin pon kemain suka.. siap meminta disuapkan..

resepi simple cam ni aku sure sume orang boleh buat.. rumah aku tak de mixer so alternatif lain ialah menggunakan blender yang banyak khidmat berjasa.. aku dah planning nak buat raya ni.. nak bagi mak, abah dan adek2 makan.. sure mereka pasti suka.. motif sangat kan ayat aku ni!!!

so jom cekidaut cara membuat cheesekut yang sedap lagi comel jelita (T_T)

cheesecake biskut a.k.a cheesekut


bahan-bahan :-
biskut butter crackers-- sepatutnya kena guna hwa tai deluxe crackers tapi merata aku cari tak jumpa
susu full cream-- bagi berlemak sket
tatura cream cheese-- jakun sket masa mula2 tengok.. tak taw rupa cream cheese ni.. 
susu pekat manis 1/2 cawan-- ikot pada rasa manis yg korang nak.. aku guna sket je..

caranya:-
masukkan cream cheese, susu pekat manis dan sikit susu full cream.. putar/blend hingga kembang..
amek biskut celup dalam susu.. susun dalam loyang comel2
bila da siap susun.. buat lapisan cream cheese tadi.. buat nipis2 sket..
ulangi step ni smpai habis cream cheese..

tambahan:-
boleh juga nak hias dengan buah2an, badam or apa2 yang dirasakan sesuai

hasilnya


aku buat yang simple mimple je sebab first try kan.. tak nak kecewa ler.. hasilnya sungguh memuaskan hati.. jadi beb.. aku buat dua bekas.. habis kami anak beranak makan.. encik suami yang paling suka.. dia makan senyap2 tanpa pengetahuan aku.. makan lepas balik terawih.. nikmat sangat katanya.. siap cakap.. " ibu t repeat lagi yer"

nota chomel: pasni nak share nasi goreng istimewa yang aku reka sendiri plak.. tak de la sedap mana.. tapi yang penting encik suami puas hati :-)

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥