nuffnang

Friday, June 28, 2013

selamat hali lahir suami

S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I L.A.H.I.R

kepada suamiku.....
semoga panjang umurmu dan diberikan kesihatan yang baik,
dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah S.W.T tak kira apa sahaja yang dilakukan serta diberi kebahagiaan di dunia dan di Akhirat
teruslah menjadi suami dan ayah yang hebat untuk kami...

gambar masa tengah cintan cintun ngan en. suami

nota chomell: ayah,, sori lambat wish dan beli present.. ibu postponed minggu depan taw.. sayang ayah sesangat.. ada suprised yang ibu nak wat kat ayah..

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

santapan rohani #9

sumber : encik google

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Thursday, June 27, 2013

cerita jerebu

salam gojes

masih lagi nak cerita pasal jerebu.. ko taw tak masa heboh2 pasal jerebu, opis aku ada wat family day kat a famosa melaka (ya ampun entri pasal family day ada dalam draft tapi aku tak publish lagi.. OP lom bagi officially gambar la) masa ni memang teruk taw.. tapi gigih gak kena buat sebab payment sume da clear..

terus terang aku cakap memang teruk taw. bayangkan aku kan dok condo kat tingkat 19, bukak je pintu bau asap amat kuat dan tak nampak pape dan aku taw ini amat bahaya untuk anak aku. aku pon tak de la bukak pintu sangat ms kat condo.. aku biakan anak aku banyak main dalam umah.. 

kalau nak kua pegi memana ke aku akan minta encik suami masuk kat lobby condo n terus cecepat masuk dalam keta.. dalam keta pon pakai aircond.. kesihatan anak harus diutamakan.. tak sanggup aku nak tengok beby rizqin sakit,, masa mula smpai aku tak endah sangat pasal ni. pastu aku tengok mata dia mcm berair je n rizqin pon mcm tak berapa nak boleh survive ngan cuaca kat melaka.. tu yang aku amek langkah drastik buat pengawalan ketat bila nak kua.. 

keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti bayi, kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU

i. Orang ramai dinasihatkan supaya, sejauh mana yang boleh, berada di dalam bangunan.
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod: kitaran dalam) dan menutup semua tingkap
vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

aku taw entri yang aku wat ni mcm terlambat sebab cuaca da makin pulih.. tapi as a peringatan untuk semua.

baik cegah dan beringat dari sekarang sebelum jadi apa2 ape.. kan ke.....

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT (betol ke ayat aku ni?? muahahaha)

nota chomell: walaupon cuaca kat melaka tak berapa oke tapi alhamdullilah family day 
berjalan lancar.

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Wednesday, June 26, 2013

Upin & Ipin Dan Kawan-Kawan - Basikal Baru



sengaja aku letak video cerita upin ipin ni.. da ad anak kecik feeling2 mcm budak la kan.. anak aku layan cerita katun ni sekali terjebak sama ngan aku.. sanggup smpai umah terus bukan tv9. tak nak terlepas cerita ni punya pasal

dengan watak comel upin n ipin sure sume budak2 suka weh. memana pon kartun ni la yang derang tgk..

yang aku pelik tak pernah jemu plak tu walau ulang berkali..

sama mcm cerita p.ramlee..

ketagih lagi nak tengok ada la..

encik suami pon layan juga.. oke la kan at least rizqin ada kawan sesama nak tengok..

aku harap citer akan terus kekal dengan berlainan tajuk plak an..

nota chomell: anak korang layan kartun apa?

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Tuesday, June 25, 2013

penangan teduhan kasih punya pasal

salam gojes :-)

hoi.hoi sekarang ni kan tengah fofular citer teduhan kasih kan.. ko taw tak? mak aku pon layan gak.. kemain lagi dia yer,,


mak teh aku la yang asek sogok dia pegi tengok creta tu akhirnya dia pon sama pegi tengok.. bole jadi kantoi ngan sebab aku call dia la.. nak tanyakan khabar, sebab mak aku baru balik berhoneymoon vacation kat nun langkawi tu.. rindu sama aku nak sembang lama2 ngan dia.. 

akhirnya tercapai weh.. nasib baik dia ngah bendera biru merah jadi boleh la gosip lama2 kan

saja tanya dia apa yang dia beli kat langkawi tu.. mcam biasa la mesti ada coklat kan.. seronok la mak aku.. pegi bercuti kat pulau dapat sponsor.. mak ngah aku sponsor sume hokeh.. ai is sentap sebab tak dapat ikot. mak ngah aku dapat duit pencen tu yang belanja sakan ipar duai dia..

hahaha.. entri ni mcam lebih nak creta pasal mak aku pegi bercuti lak an.. padahal tajuk teduhan kasih. korang layan tak creta ni.. aku layan sesangat weh.. tak cukup tengok pkul 7 malam esok sambung kat tonton plak..

homey2.. effa ngan ehsan manja gitu.. romantik weh.. (fefeeling verangan jap T____T)


laki pon kekadang aku tengok jeling2 gak la tengok creta ni.. tak pe sayang ai is oke.. layan sesama oke..

ni plak muka depan novel yang diadaptasi cretanya


antara barisan pelakon.. nabila je tak de.. memang super lakonan dia.. menjadi weh.. tabik spring sket :)

setiap ari tak sabar nak tunggu next episod.. cerita ni da mcm ketagih.. weheeuuuu.. nasib anak aku tak penah nak meragam time creta ni.. hehehe.. untung daku.. layan creta sambil feling lebih2 lak kan.. 

nota chomel: mak aku da bercuti. aku bila lagi? entri pasal family day pejabat aku kat a famosa resort pon tak sempat aku nak update.. sume masih dalam draft 

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Monday, June 24, 2013

beby rizqin sudah 8 bulan

salam gojes..

diam tak diam.. buah hati aku da masuk 8 bulan. cepat masa berlalu. da macam2 ragam weh. selama ni tak pernah plak aku wat entri khas yang ceritakan pasal perkembangan teruna aku tuh.

ko nampak tak kereta ijau tu? pengasuh yang belikan siap ngan lagu oppa gangnam style lg :-)

rabbit pink ni dapat sebab aku peminum tegar susu dumil mama ms preggy.. so as a gift derang kasi ler.. sure korang pon ada gak an..

so, kali ni gigih menaip sebab pas ni akan ada entri khas pasal anak comel aku tuh..

antara perkembangan rizqin sekarang ialah
  • dia tersangat la cekap merangkak.. laju okeh.. 
  • rizqin da pandai duduk sendiri since umur dia 7bulan 2minggu
  • gigi da kua sket.. skali kua 2 batang terus.. aku syak aritu rizqin demam sebab gigi nak tumbuh la kan
  • da pandai bunyi bising2.. kalu dia pegang ape2 dan aku rampas sure la gegar rumah hokeh
  • tido anak aku sekarang ni senang sangat. tak perlu aku smpai nak memaksa dia tido.. cukup time taw2 dia merengek minta susu dan terus pejam mata
sepanjang aku jaga rizqin tak de plak masalah yang berlaku. syukur Alhamdullilah. dari dalam pantang tak de masalah bab tido sampai la sekarang ni.. cukup senang.. aku bersyukur sebab Tuhan kurniakan aku dengan anak yang tak banyak karenah. cuma perlu paham apa saja isyarat dia..

bila anak hepi sure kita pon akan rasa benda yang sama

nota chomell: tengah planning pasal besday rizqin.. tak tahu tema apa nak buat.. so sad.. 

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Friday, June 21, 2013

santapan rohani #8


kenapa kena enjoy SATURDAY?

sebab nak pegi melaka

ada family day opis

insyaAllah,, akan daku gigih menaip entri pasal ni.

ok, bye

nota chomell: baju tema warna merah anggg oke.. 

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Wednesday, June 19, 2013

wordless wednesday #12 malu-malu meow


homey2 sangat manja ibu

nota chomell: rindu kat rizqin.. suka dengar dia bebel

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Thursday, June 13, 2013

kisah Israk Mikraj dan perintah solat

sharing is caring..

Dari Anas bin Malik r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda,"Telah didatangkan kepadaku Buraq (oleh Jibril a.s) iaitu haiwan putih tinggi, yang lebih tinggi dari keldai dan lebih pendek dari kuda, yang boleh meletakkan kakinya sejauh pandangannya". Baginda berkata," Maka aku menaikinya sehingga aku sampai di Baitul Maqdis, lalu aku turun mengikatnya dengan tali yang biasa digunakan oleh para nabi". Baginda berkata," Kemudian aku masuk ke Masjid Aqsa lalu aku solat 2 rakaat di situ, kemudian aku keluar. Kemudian Jibril a.s membawakanku satu bekas arak dan satu gelas susu, maka aku memilih susu, lalu Jibril berkata kepadaku,"Engkau telah memilih kesucian." Kata baginda, "Kemudian Buraq tersebut bersamaku naik ke langir, maka Jibril menjawab agar dibukakan pintu langit lalu dia ditanya,"Siapakah kamu?" Jibril menjawab,"Jibril." Dia ditanya lagi,"Siapa yang bersamamu?" Dia menjawab,"Muhammad." Dia ditanya lagi,"Apakah dia telah diutus?' Dia menjawab, Dia telah diutus kepada'Nya." Kamipun dibukakan pintu lalu aku bertemu Adam. Dia menyambutku dan mendoakan kebaikan untukku." Kemudian Buraq tersebut naik bersama kami ke langir kedua, maka Jibril mohon dibukakan pintu, lalu ditanya,"Siapa kamu!" Dia menjawab,"Jibril" Dia ditanya lagi, "Siapa yang bersamamu?"Dia menjawab,"Muhammad Dia ditanya lagi," Apakah dia telah diutus kepada-Nya?" Dia menjawab," Dia telah diutus." Kata Nabi, Maka kami dibukakan pintu lalu bertemu dengan 2 orang sepupuku iaitu Isa bin Maryam dan Yahya bin Zakaria a.s, maka keduanya menyambutku dan mendoakan kebaikan untukku."

Kemudian Buraq tersebut naik bersama kami ke langit tiga, maka Jibril a.s. mohon dibukakan pintu, lalu dia ditanya,"Siapakah kamu?" Jibril menjawab,"Jibril." Dia ditanya lagi,"Siapa yang bersamamu?" Dia menjawab,"Muhammad." Dia ditanya lagi,"Apakah dia telah diutus?' Dia menjawab, Dia telah diutus kepada'Nya." Kamipun dibukakan pintu lalu aku bertemu Idris, dia menyambutku dan mendoakan kebaikan untukku." Alla Azza wa Jalla telah berfirman (untuknya)," Dan kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi."

Kemudian Buraq tersebut naik bersama kami ke langit kelima, maka Jibril a.s. mohon dibukakan pintu, lalu dia ditanya,"Siapakah kamu?" Jibril menjawab,"Jibril." Dia ditanya lagi,"Siapa yang bersamamu?" Dia menjawab,"Muhammad." Dia ditanya lagi,"Apakah dia telah diutus?' Dia menjawab, Dia telah diutus kepada'Nya." Kamipun dibukakan pintu lalu aku bertemu Harun a.s, dia menyambutku dan mendoakan kebaikan untukku."

Kemudian Buraq tersebut naik bersama kami ke langit ke enam, maka Jibril a.s mohon dibukakan pintu, lalu dia ditanya,"Siapakah kamu?" Jibril menjawab,"Jibril." Dia ditanya lagi,"Siapa yang bersamamu?" Dia menjawab,"Muhammad." Dia ditanya lagi,"Apakah dia telah diutus?' Dia menjawab, Dia telah diutus kepada'Nya." Kamipun dibukakan pintu lalu aku bertemu dengan Musa a.s, lalu dia menyambutku dan mendoakan kebaikan untukku."

Kemudian Buraq tersebut naik bersama kami ke langit ke tujuh, maka Jibril a.s mohon dibukakan pintu, lalu dia ditanya,"Siapakah kamu?" Jibril menjawab,"Jibril." Dia ditanya lagi,"Siapa yang bersamamu?" Dia menjawab,"Muhammad." Dia ditanya lagi,"Apakah dia telah diutus?' Dia menjawab, Dia telah diutus kepada'Nya." Kamipun dibukakan pintu lalu aku bertemu dengan Ibrahim a.s yang sedang menyandarkan punggungnya di Baitul Makmur, yang mana setiap harinya dimasuki oleh 70,000 malaikat dan mereka tidak masuk lagi sesudahnya (yakni 70,000 malaikat yang masuk Al-Baitul Ma'mur setiap harinya selalu pendatang baru)."

Kemudian Buraq tersebut pergi bersamaku ke Sidratul-Muntaha yang (lebar) dedaunnya seperti telinga gajah dan (besar) buah-buahnya seperti tempayan yang besar. Kata Nabi Muhammad s.a.w," Tatkala perintah Allah memenuhi Sidratul Muntaha, maka Sidratul Muntaha berubah dan tidak ada seorangpun dari makhluk Allah yang mampu menjelaskan sifat-sifat Sidratul Muntaha kerana keindahannya. Maka Allah memberikan wahyu dan mewajibkan kepadaku solat 50 kali sehari semalam.

Kemudian aku turun dan bertemu Musa a.s, lalu dia bertanya,"Apa yang diwajibkan Tuhanmu terhadap umatmu?" Aku menjawab, Solat Lima puluh kali." Dia berkata,"Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan, kerana sesungguhnya umatmu tidak akan mamu melakukan hal itu. Sesungguh aku telah menguji Bani Israel dan aku telah mengetahui bagaimana kenyataan mereka."

Kata Nabi,"Aku telah kembali kepada Tuhanku lalu aku memohon,"Ya Tuhan! Berilah keringanan kepada umatku!' Maka aku beri keringanan lima solat. Lalu aku kembali kepada Musa a.s kemudian aku berkata padanya," Allah telah memberiku keringanan (hanya) lima kali."Musa mengatakan,"Sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melakukan hal itu, maka kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan."

Rasulullah s.a.w berkata," Aku terus mundar-mandir antara Tuhanku dengan Musa a.s sehingga Tuhanku mengatakan," Hai Muhammad! Sesungguhnya kewajipan solat itu lima kali dalam sehari semalam, tiap solat mendapat pahala sepuluh kali ganda, maka lima kali solat sama dengan lima puluh kali solat. Barang siapa berniat melakukan satu kebaikan, lalu dia tidak melaksanakannya maka dicatat untuknya satu kebaikan, dan kalau dia melaksanakannya maka dicatat untuknya sepuluh kebaikan. Barang siapa berniat melakukan satu keburukan namun dia tidak melaksanakannya, maka keburukan tersebut tidak dicatat sama sekali, dan jika melaksanakannya maka hanya dicatat satu keburukan."

Kata Rasulullah s.a.w,"Kemudian aku turun hingga bertemu Musa a.s, lalu aku beritahu kepadanya,maka dia mengatakan,"Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan lagi." Rasulullah s.a.w berkata,"Lalu aku menjawab,"Aku telah berulang kali kembali kepada tuhanku sehingga aku merasa malu kepada-Nya.

Sumber : Hadis Riwayat Muslim 1/99-101

nota chomell: encik suami suka cerita kisah2 agama kat aku.. daripada apa yang aku tak taw sampai dah taw.. Alhamdullilah Tuhan berikan aku seorang suami yang kecintaan dia tinggi pada agama.. 

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Wednesday, June 12, 2013

wordless wednesday #11 kepsi


menitik ailio aku weh

TERINGIN SESANGAT

 nota chomell: encik suami da janji nak bawa pegi makan minggu depan.. ai is suka.. hepi.. lompat bintang

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Tuesday, June 11, 2013

aktiviti masa senggang kami

salam gojes sekalian

korang tengok ms tak de keje cm gini la gayanya..

ekceli ni kamera pinjam si faiz punya.. kawan baru beli henpon so kiterog tugas jahanamkannya..

muka sume tak boleh nak menahan tengok.. 

PUCAT hokeh!!




nota chomell: pas ni nak amek pic mcm ni lagi.. muka aku sila abaikan.. macam da rupa pau terlebih kembang :-(

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Monday, June 10, 2013

jom beli baju raya

salam gojes nyummy..

masa ari ahad ritu kan gigih encik suami ajak ke kkr1m.. katanya nak beli baju raya.. ekceli mcm da agak lambat nak minta upah orang tolong jahitkan baju.. da suami gigih so aku follow je

biasa la.. kalu nama pompuan tak amek lebih.. tipu ler kan.. sempat jugak la aku amek lebih.. nak pkai ke opis..

kain kat sini oke la.. so..so.. jek.. janji apa yang aku nak dan dah dapat so tak de la aku kesah sgt kan..

 kain ni namanya ombak rindu.. oke juga.. material lembut.. aku suka

 bila da balik umah.. mcm menyesal plak.. aku tak nak kaler ni.. lebih prefer pink.. da terbeli so layankan je la..

 ni la tema warna raya kiteorg.. encik suami berkenan sangat dengan warna coklat.. so officially warna tahun ni

bil hasil rembatan di kkr1m.. tak de la mahal mana.. harga bole layan..

next time aku nak pegi lagi.. mcm ternampak bayang2 nak shopping lebih sket.. ada kelapangan ngan masa akan ku smpai lagi. kalu tak de masa ke nilai je la jawabnya.. hehehe

nota chomell: pes time sambut raya together .. :-))

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥


Friday, June 7, 2013

Thursday, June 6, 2013

hari bahagia bff forever

salam gojes sekalian

entri ni sebenarnya entri yang backdated.. sebab da lama berlaku tapi harini baru berkesempatan nak menaip. bila mood "M" da datang.. jangan ko mimpi aku nak menaip panjang.. nan hado oke..

straight to the point oke.. ni wedding my bff kat panchor jaya, seremban masa 25 mei ritu.. walaweh bole plak tersoset jalan. almaklum la banyak jalan da di renew.. mihmih.. betoi dak ayat aku ni.. hentam saja la labu izza..  kiteorang kenal since sesama study kat poliJB.. dok serumah n sume masalah sharing together la. bes kawan ngan linda sebab dia jenis ati keras.. tak amek hal punya.. aku la tukang buli..mihmih.. tak de buli pape.. kunun2 je kan.. part paling bes muka lambat masuk klas kteorang la.. masuk kelas pas 2 leh wat tataw je kat lect.. nampak nau biadap an.. alhamdullilah sume grad dengan jayanya walau rajin buat masalah.. lect smpai da admire muka kteorg.. kihkih

aku smpai pon tak de la lewat sangat.. ngam2 soi je majlis belom berakhir.. masa aku smpai si pengantin gojes dok sibok melayan sedara mara.. so aku malas nak amek pot.. terus serbu nasi dlu.. lapar ohoiii.. ni kira wedding kedua yang aku pegi.. ms wedding pertama tu.. wedding kawan encik suami.. aku tak makan nasi pon.. aku melantak kambing golek.. superb sedap.. 2 kali gak la muka 3 inci ni pegi tambah.. tema pengantin kat ni sume serba merah mak ngah oke.. so berbalik kpd wedding bff..

ekceli aku plan sebenarnya nak pkai baju sama ngan tema pengantin.. tapi kansel last minit sebab baju tu aku da pena pkai masa wedding abang dia.. nampak cam hover plak an.. mihmihmih.. tak banyak gambar pon yang kami amek bersama sebab kekangan masa.. si pengantin ada photoshoot ngan OP dia.. aku selit sekeping je gambar.. gambar yang banyak2 aku dapat ni sume aku minta bff yang whatsapp kan.. sekali dia bagi banyak plak.. so aku layankan jela pic ni untuk dimuatkan dalam blog..

meh layan pic Majlis Raikan Qaseh Linda dan Syazwan (^_^)

 ni je sempat minta OP dia snap kan pic.. hello.. superb sihat sungguh aku.. bagai dipam2 lol.. puan BFF jangan nak gelak sangat hokeh.. t akan smpai masa awak gak :))

babe.. sempat lagi ko nak wat jelingan manja hokeh.. pape pon homei2... i lebiu..

 ni masa batal air sembahyang.. n officially my bff bergelar PUAN.. da bole join ngan ai okeh..

 penyerahan mas kawen..

cewahhhh.. muka bahagia pasangan pengantin.. sudah jadi kekasih halal kan.. pas ni bebas wat pape pon.. ekeekkkkk... (muka gatal sket  T_______T)

 majlis potong kek 

pengantin yang superb gojes diarak masuk ke pelamin.. really ko mmg sngat cantik ms ur big days..

side hubby bff.. juz nice kaler yang korang decide..

ciuman kasih sang isteri kepada sang suami.. awwwww so suwettttt.. i lolike.. ♥♥

anyway,, 
babe..
tak terlambat lagi rasanya aku nak wish hepi wedding day,, semoga selamat mengalas tanggungjawab dan amanah Allah sebagai isteri yang solehah kepada suami yang soleh.. semoga sentiasa bertabah hati dalam segala hal dan masalah.. binalah rumahtangga dengan segala rasa kasih dan sayang yang berpanjangan.. semoga rumahtangga yang dibina kekal till JANNAH..

and

cepat2 kasi aku menantu.. mihmih..(gurau2 manja okeh babe)

nota chomell: tetiba teringat saat2 aku bergelar raja seari.. semoga ikatan perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.. moga kasih sayang kita tidak pernah putus untuk selamanya n kita dapat membentuk ank2 menjadi anak yang soleh dan solehah.. sayang encik suami laju2.. terima kasih kerana menjadi pembimbing dunia akhirat ibu.. ibu sayang ayah sesangat.. tetiba touching.. sob..sob..sob..

salam sayang selamanya
ibu rizqin♥♥

Wednesday, June 5, 2013

wordless wednesday #10 rizqin is hepi!!!

ibu sangattttt senang hati bila rizqin hepi cm ni

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Tuesday, June 4, 2013

16 petua menawan hati suami

salam gojes

n3 kali ni nak story pcl kebahagian rumahtangga sket.. cewahh!! cm ada gaya nak ganti ustazah tak?? (=_=) bila da kawen ofkoz kita nak rumahtangga sentiasa kekal bahagia hingga ke akhir. tak kira la ko baru kawen ke da lama kawen ke mesti kena jaga hati suami.. suami kan ketua so mesti kena respect.. 

antara tips yang tak seberapa yang aku nak share ngan korang ialah :-

1. Setiap kali solat jangan lupa berdoa supaya suami menyayangi kita, Allah mendengar doa hambaNya. (aku sentiasa meminta yang terbaek minta dijauhi dari anasir jahat yang nak meruntuhkan rumahtangga)

2. Bila suami balik dari kerja tegur dan sapalah suami, berikan sentuhan sebelum kita membuat kerja-kerja lain. (part ni kekadang terlepas pandang,, insyaAllah akan cuba yg terbaek)

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya tentang kegiatan suami sepanjang hari, jangan pula jadi macam polis nak tahu detail apa yang suami lakukan, cukup sekadarnya. itupun tengok mood suami juga, jika suami nampak penat dan masam janganlah tanya yang bukan-bukan. Lain pulak jadinya nanti. (hari2 aku akan tanya.. tapi tak de la details mcm encik polis kan)

4. Belajarlah untuk menjadi pendengar dan sahabat yang baik dan bertanya dengan tepat supaya jangan salah tanya. (yang mmg da jadi sejak sebelum kawen lagi)

5. Jangan cuba menyelesaikan masalah suami, yang penting ialah perhatian dan simpati. Dan luangkan masa berkualiti setiap hari dengan suami, paling kurang 30 minit.

6. Tanya ibu mentua dan kakak/abang ipar mengenai hadiah yang disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderamata atau untuk memujuk, masakkan resipi ibu mentua (makanan kehemaran suami) sesekali. Dan berikan pujian kepada penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian, kesederhanaan dan lain-lainnya. (yang ni aku tak particular sgt sebab laki ai is tak berapa nak kesah pcl makan)

7. Cepat-cepat pujuk jika suami marah atau berkecil hati, jangan menjawab setiapkali suami marah tunduk dan diam (walaupun kita tak bersalah) terangkan keadaan sebenar setelah dia sejuk. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya dua kali sehari.

8. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk baru beritahu suami apa yang kita marahkan ataupun apa yang kita tak suka yang suami dah buat. Beritahu secara baik jangan salahkan suami ataupun menghukum terlalu cepat.

9. Minta bantuan suami hanya pada masa dan keadaan yang sesuai.

10. Elakkan suami menunggu terlalu lama jika bersiap. (laki aku pesyen kalu nak pegi memana minta aku siap dlu sebab dia taw aku is lembap dalam nk bersiap)

11. Jika suami bercakap berilah perhatian, peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

12. Telefon suami ditempat kerja hanya jika ada perkara penting atau kecemasan saja jika suami tak suka diganggu, jika suami yang menggalakkan telefonlah dengan lebih kerap.

13. Jangan ganggu suami jika dia sedang melakukan sesuatu yang memerlukan ketelitian.

14. Bila minta bantuan suami tentang kerja-kerja rumah, terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja rumah yang perlu bantuan, beri pilihan kerja yang disukainya, dan jangan mengarah menggunakan perkataan yang kasar, gunalah perkataan yang lembut dan sesuai. (aku sentiasa terbuka dalam memberi tunjuk ajar kepada suami tentang tugasan di rumah.. tolong menolong kan amalan mulia)
15. Sentiasalah anggun dan wangi setiap kali sebelum tidur.

16. Jika suami minta bantuan buatlah dengan cepat dan tidak mengungkit bantuan yang telah diberikan.

nota chomell: semoga aku sentiasa istiqamah dalam mengamalkan petua di atas.. kebahagia rumahtangga bermula dari rumah.. sentiasa semaikan rasa2 mcm pengantin baru dalam rumahtangga hingga ke akhir hayat..(^-^) rumahtangga bahagia dan kita sudah tentu akan bahagia tambah plak pelengkap rumahtangga iaitu anak2.. 

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

Monday, June 3, 2013

kejutan katanya!!!

salam gojes :-)

nampak tak tajuk kat atas.. tak menahan rasanya. memula macam ni encik suami ada msg bgtaw yang manjaku bangi ada buat sale. so aku rilex2 jela.. tak de la gelabah mana kan. padahal siap tepon suami ajak pegi sekali. spesies aku ni tak bole dengar barang beby ada sale. nak je terus aku borong terutamanya baju ler. aku suka dan senang hati dapat tengok anak aku tukar2 baju harian dia.. bia smpai lusuh.. ai is suka..

sempat juga lak aku sort baju anak aku mana yang bole n tidak boleh pakai lagi.. banyak juga ler. tak pe ibu simpankan untuk adik beby plak.. recycle brg abg rizqin.. uolss jgn salah paham plak k. perut ai is kosong.. masih tak terpk nak ada adek beby seawal ni.. nak ada gap masa sket.. nak gomol2 si debot puas2.

ko tengok da kelaut dah dari tajuk entri di atas.. encik suami ada belikan 2 in 1 walker n rocker untuk beby rizqin.. memula ai is marah juga sebab tak bawa ai nak pegi pilih2.. taw2 jela kan kalu pompuan yang pilih haruslah berjam2 lamanya.. encik suami is tak suka sb tu la dia tak mow bawa aku.. tskkkk

walker n rocker brand Sweet Cherry

ekceli walker tuh tak de la macam gambar yang tertera. encik suami tak pilih corak cm tuh.. serabut katanya.. amek yang kaler yang boleh ngam dengan anak laki. kaler yang encik suami pilih ialah brown..

taraaaa.. ni la rupa sebenar walker tuh.. oke ai is berkenan sebab warna yang tak serabut.. yang kat tray kiranya mcm table lesson untuk beby rizqin ler.. ada bunyi haiwan n lagu untuk kid yang sungguh comel

if kita beli barang apa2 pon mesti ada instruction dia kan.. so arahan yang dibekalkan ni mudah untuk difahami dan diikuti.. cewahh ayat ko. (T_T)

 rupa tuan besar kecik yang bangga dapat naik walker

 masa ni beby rizqin tak mow senyum.. elok pas aku snap pic ni terus lebar dia senyum.. 

beby rizqin mengamuk dekat ibu sebab asek nak amek pic dia naik walker je.. :-)

alhamdullilah, syukur sesangat sebab aku da lama idam nak beli walker anak since rizqin da cekap sngat merangkak plus panjat² sofa.. akhirnya encik suami tunaikan hajat aku dulu.. tenkiu sayang.. i lebiu lebih ler.. (^_^)..

nota chomell: bila letak rizqin dalam walker dia lebih gemar berjalan ke belakang dan ketepi.. tak pe la anak.. dalam proses learning kan.. slow2 yer.. ibu tak mow paksa.. ai is ibu yang lembut hatinya.. mihmihmih

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥