nuffnang

Tuesday, June 4, 2013

16 petua menawan hati suami

salam gojes

n3 kali ni nak story pcl kebahagian rumahtangga sket.. cewahh!! cm ada gaya nak ganti ustazah tak?? (=_=) bila da kawen ofkoz kita nak rumahtangga sentiasa kekal bahagia hingga ke akhir. tak kira la ko baru kawen ke da lama kawen ke mesti kena jaga hati suami.. suami kan ketua so mesti kena respect.. 

antara tips yang tak seberapa yang aku nak share ngan korang ialah :-

1. Setiap kali solat jangan lupa berdoa supaya suami menyayangi kita, Allah mendengar doa hambaNya. (aku sentiasa meminta yang terbaek minta dijauhi dari anasir jahat yang nak meruntuhkan rumahtangga)

2. Bila suami balik dari kerja tegur dan sapalah suami, berikan sentuhan sebelum kita membuat kerja-kerja lain. (part ni kekadang terlepas pandang,, insyaAllah akan cuba yg terbaek)

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya tentang kegiatan suami sepanjang hari, jangan pula jadi macam polis nak tahu detail apa yang suami lakukan, cukup sekadarnya. itupun tengok mood suami juga, jika suami nampak penat dan masam janganlah tanya yang bukan-bukan. Lain pulak jadinya nanti. (hari2 aku akan tanya.. tapi tak de la details mcm encik polis kan)

4. Belajarlah untuk menjadi pendengar dan sahabat yang baik dan bertanya dengan tepat supaya jangan salah tanya. (yang mmg da jadi sejak sebelum kawen lagi)

5. Jangan cuba menyelesaikan masalah suami, yang penting ialah perhatian dan simpati. Dan luangkan masa berkualiti setiap hari dengan suami, paling kurang 30 minit.

6. Tanya ibu mentua dan kakak/abang ipar mengenai hadiah yang disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderamata atau untuk memujuk, masakkan resipi ibu mentua (makanan kehemaran suami) sesekali. Dan berikan pujian kepada penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian, kesederhanaan dan lain-lainnya. (yang ni aku tak particular sgt sebab laki ai is tak berapa nak kesah pcl makan)

7. Cepat-cepat pujuk jika suami marah atau berkecil hati, jangan menjawab setiapkali suami marah tunduk dan diam (walaupun kita tak bersalah) terangkan keadaan sebenar setelah dia sejuk. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya dua kali sehari.

8. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk baru beritahu suami apa yang kita marahkan ataupun apa yang kita tak suka yang suami dah buat. Beritahu secara baik jangan salahkan suami ataupun menghukum terlalu cepat.

9. Minta bantuan suami hanya pada masa dan keadaan yang sesuai.

10. Elakkan suami menunggu terlalu lama jika bersiap. (laki aku pesyen kalu nak pegi memana minta aku siap dlu sebab dia taw aku is lembap dalam nk bersiap)

11. Jika suami bercakap berilah perhatian, peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

12. Telefon suami ditempat kerja hanya jika ada perkara penting atau kecemasan saja jika suami tak suka diganggu, jika suami yang menggalakkan telefonlah dengan lebih kerap.

13. Jangan ganggu suami jika dia sedang melakukan sesuatu yang memerlukan ketelitian.

14. Bila minta bantuan suami tentang kerja-kerja rumah, terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja rumah yang perlu bantuan, beri pilihan kerja yang disukainya, dan jangan mengarah menggunakan perkataan yang kasar, gunalah perkataan yang lembut dan sesuai. (aku sentiasa terbuka dalam memberi tunjuk ajar kepada suami tentang tugasan di rumah.. tolong menolong kan amalan mulia)
15. Sentiasalah anggun dan wangi setiap kali sebelum tidur.

16. Jika suami minta bantuan buatlah dengan cepat dan tidak mengungkit bantuan yang telah diberikan.

nota chomell: semoga aku sentiasa istiqamah dalam mengamalkan petua di atas.. kebahagia rumahtangga bermula dari rumah.. sentiasa semaikan rasa2 mcm pengantin baru dalam rumahtangga hingga ke akhir hayat..(^-^) rumahtangga bahagia dan kita sudah tentu akan bahagia tambah plak pelengkap rumahtangga iaitu anak2.. 

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥

No comments:

Post a Comment