nuffnang

Monday, April 1, 2013

Bagaimana hendak menjadi isteri yang solehah untuk suami

Dalam kehidupan rumahtangga pasti ada onak dan durinya. Terpulanglah kepada kita cm ner cara untuk mengatasinya. Pastinya perlukan teknik atau langkah yang betul. Kat sini aku ada bagi beberapa tips.. da nama pon perempuan pasti ada emosi yang tak terkawal kan. Moga kita sume dapat mengawalnya sebaik mungkin J

So, arap uolss enjoy membaca yer walaupon xsempurna mana

1) Taat
Isteri solehah perlu taat kepada suami selagi ianya tidak bercanggah dengan dengan agama

2) Menjaga solat
Solat merupakan perkara wajib dalam kehidupan kita. Sentiasa lah menjaga waktu solat kita. Dengan solat gak ianya dapat membantu dalam menjaga keharmonian keluarga. Solat merupakan tiang agama

3) Menjaga kemaluan dan aurat wanita
Pentingnya menjaga aurat dan kemaluan daripada bukan muhrim kita

4) Cium tangan
Ni mmg menjadi habit aku.. smpai je opis sblm nk kua dari keta wajib salam somi dan ucap salam. Aq pena terbaca la bila kita bersalaman dengan suami seikhlas maka dosa2 akan gugur melalui celah2 jari kita.. so uolss mari kita mengamalkannya

5) Lemah lembut dan sopan
Apabila bersama dengan suami hendaklah kita bercakap dengan lemah lembut dan sopan.. hah jgn plak ko nk terpekik terlolong dam cm 3 batu jarak ko ngan somi.. sgt tidak nice ler..

6) Banyakkan senyuman
Senyum itu 1 sedekah. Jadikan banyakkan senyum kepada somi supaya bila dia tgk sentiasa ada rasa kelembutan dan kasih saying

7) Ibu bapa mertua
Hubungan dengan mertua seharusnya kita pelihara sebaik yang mungkin.. anggaplah mereka seperti ibu bapa kandung kita kerana mereka merupakan sebahagian dari idop kita. Yang ni i like.. i n mother in law very the ngam.. hahahaha.. mak mertua I sporting uolss. Cm kengkawan plak

8) Menjaga makan dan minum
Pat ni paling aku suka.. air tangan si isteri pengikat kasih sayang dan perot somi.. untungnya aku dapat somi jenis tak kesa. Makan apa saja janji dari hasil masakan si isteri

9) Manja
Huhuhu.. bab ni cheq kurang sket.. tp selalu cuba untuk menjadi yang terbaek. Sorang somi mmg mendambakan isteri yang manja.. sifat semulajadi laki.. jgn plak smpai ko tegedik manja an

10) Memakai pakaian yang cantik
Pakailah pakaian yang cantik dan sedap mata memandang untuk somi. Beruntung lah kita andainya mata somi tidak memandang kepada wanita lain

11) Wangi-wangian dan berhias
Bila da wangi2 ni mesti dapat menambatkan kemesraan antara somi isteri.. so dear keep it. Ayoh lah kita berwangi2an

12) Hormat
Jaga air muka suami, jangan melawan cakap somi dan sentiasa mendengar pandangan somi. Penting untuk menghormati somi sebagai ketua keluarga

13) Dengar
Yang ni pon penting.. da nama pon isteri kan.. kenalah menjadi pendengar yang setia kepada somi supaya kita dapat mengurangkan masalah tekanan di tempat keje. Penat lelah dia keje pon utk isteri gak. Untuk mengukuhkan ekonomi keluarga

14) Menjaga kemahuan sex suami
Layankanlah kehendak dan keperluan suami seikhlasnya. Anggaplah ianya sebagai satu ibadah

15) Kurang membebel
Jangan suka membebel kepada suami.. jika pon ada perkara yang kita nk tegur mesti secara elok dan tidak berkasar. Jangan timbulkan kemarahan suami

16) Jujur
Perlunya sikap jujur dan berterus terang dalam perhubungan rumah tangga. Jangan sembunyikan apa2 dari pengetahuan suami.. bahaya uolss.. 

aku wat entry ni sebab nk egtkan sesama kita.. hidup rumahtangga ni besh sgt.. sentiasa ada teman suka duka..

salam sayang 
ibu rizqin

No comments:

Post a Comment