nuffnang

Wednesday, August 21, 2013

cerita raya serba sikit part 1

salam kawan semua sekalian,,

aku masih lagi belom update tentang cerita raya keluarga kecil kami.. sebenarnya tahun ni tak brapa nk beraya sangat sebab beby rizqin betol2 tak sihat.. anak comel cenonet aku demam campak halus.. kesian dia.. suhu kemain melambung tinggi.. risau aku.. aku sentiasa demah kepala dia dengan air sejuk.. kata orang tua tu caranya nk cepat turunkan suhu panas badan bayi..

aku syak dia jadi demam sama sebab nak tumbuh gigi bahagian atas.. da ternampak bayang.. dan Alhamdulillah gigi tersebut da pon keluar.. hai la anak.. sabar yer sayang.. dalam proses membesar mcm2 yang akan kamu lalui.. ibu sentiasa ada disamping kamu yer kesayangan manja lentok ibu..

sebenarnya mood aku nak menaip panjang belom lagi datang.. dengan mengharapkan ianya datang sebab banyak benda nak citer.. tapi terus terang nak bagitahu tak banyak gambar yang daku amek.. sebabnya anak tak sihat pluss raya tahun ni kelam kabut sket.. iolls kan dah jadi ibu2 so banyak benda yang nak kena setel.. anak plak buat perangai lagi tambah la aku malas nak amek gambar...

setakat apa yang ada itu saja akan daku publish.. insyaAllah tahun depan aku akan lebih excited sb anak da besar sket.. senang sket nak handle my lil comel itu.. raya tahun ni sebenarnya banyak agenda taw.. tapi gambar tak de tu yang malas nak menaip panjang.. **huwaaaa nages weh.. anak tak sihat apa pon tak boleh buat** 

disebabkan tahun ni tak berapa nak banyak gambar so aku akan cerita je la apa yang berlaku pada Syawal2 indah yang lepas.. tahun ni decide ngan encik suami nak beraya kampun dia dulu.. dia oke je.. pas selesai sembahyang raya tu.. sesi syahdu suami isteri memohon kemaafan la.. aku part ni memang lemah.. mudah benar menitiskan air mata.. pikirkan dosa dan apa saja salah silap aku tak kira samada sedar atau tidak. 

sudah selesai semua ni kami ke rumah family encik suami.. sesi beraya bersama ipar duai.. memang bes sebab dengar riuh suara budak2 comel.. meriah umah mak mentua den.. abang ipar aku ada sekejap je ngan kiteorang sebab nak beraya sebelah umah isteri dia.. akak ipar aku awal2 lagi da balik kuala lipis.. umah sedara suaminya.. beraya sana katannya.. tinggal kami2 je la.. so planning ngan FIL n MIL.. derang ajak ke PD.. beraya sana. pheuwww.. bes weh.. puas gak la beraya sana.. debak debuk.. malam jugak la balik..

beby rizqin da menunjukkan rasa tak selesa.. aku plak da rimas tengok dia.. cian sangat.. agaknya dia da terasa tak sedap badan kot.. panjang plak aku menaip yer.. sila bertabah hati membaca entri ini yer..

last but not least.. meh tengok gambar raya keluarga kecil kami..

keluarga kecil dan dunia akhirat aku

 haruslah ade muka suami isteri walaupon si comel minta dilepaskan

muka beby rizqin pasrah melayan karenah ibu yang asek nak bergambar saje

last sekali mesti tampal muka budak comel selamanya.. kesayangan dan harta dunia akhirat

nota chomell: sila bersabar dengan hati yang tabah yer sebab pas ni ada part 2 dan selanjutnya.. tapi cerita sajok.. gambar ada la sket2 je.. 

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥♥

No comments:

Post a Comment