nuffnang

Thursday, May 30, 2013

runsing dengan beby rizqin

salam gojes blogger

serius weh daku tengah runsing teruk ni.. beby rizqin sekarang ni susah benar nak tido malam. kerap sangat dia terjaga pastu merengek2.. nak aku peluk erat2 sambil tepuk2 dodoi tambah sket zikir baru dia nak tido.. tu pon ada dalam 1 jam lebih dia tido pas bangun balik merengek2 minta didodoikan sekali lagi

aku syak dia nak tumbuh gigi sebab ailio asek menitik je.. kat gusi pon cam ada nampak bayang2 putih . sakit denyut2 la aku agak. yela nak pecah gusi kan.. mmg merengek je la anak aku tu.. asal aku bagi teething rusk.. memang asek nk gigit kuat2 rusk 2.. kesian sangat daku tengok..

tido malam dia skrang pon da tak smooth mcm selalu.. kesian weh.. bila dia merengek aku ni as ibu mmg tak bole nak pejam mata.. mesti nak perhatikan apa yang beby rizqin nak buat.. tergolek sana tergolek sini.. bila aku angkat n dodoikan br la dia diam..

muka beby rizqin mmg nampak sngat letih..

ni antara TANDA-TANDA AWAL PERTUMBUHAN GIGI.
Simptom-simptom yang berlaku adalah:-

1 Gusi si manja terasa sakit atau bengkak


2 Akan timbul kemerah-merahan di pipi si manja anda

3 Tanpa anda sedari juga akan terdapat perubahan pada sistem pencernaan usus (yang ni mmg aku sangat perasan sb poo poo dia tak selancar macam dulu.. anak aku tak pena kena  sembelit)

4 Ruam lampin akan sentiasa berlaku

5 Si manja akan sentiasa terjaga dari tidur di waktu malam (lately ni mmg beby rizqin slalu sgt terjaga dari tido)

6 Terdapat ruam pada muka dan dagunya

7 Sentiasa ingin menggigit alat permainan dan jarinya sendiri (hoiii ni jgn ckp la.. aku rasa sume benda mesti dia nak gigit.. paling bes dapat ibu jari kaki.. apakah??? (T_T) pitam sat)

bila dah ada simptom mesti kena cari cara merawat. merawat itu penting. tak kan nak tengok anak kita cm tu je kan


so CARA MERAWAT SIMPTOM.
Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan bagi mengurangkan ketidakselesaan si manja anda:-

Buah-buahan
Berikan si manja anda dengan lobak merah, timun atau kepingan epal dalam bentuk jejari yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk utnuk dikunyah. Cara ini dibuat kerana eleman sejuk ini sebenarnya mampu untuk memberikan sedikit kelegaan kepada gusi si manja anda.
(ai is tak bagi buat sb aku mmg standby teething rusk kat uma.. rizqin lagi gemar n lagi kuat dia ketap rusk tu)

Gel
Ada juga sejenis jel-jel yang tertentu yang dapat membantu merangsang pertumbuhan gigi si manja. (gel ni aku ada beli gak. tapi dia kurang layan la, kadang2 dia cari gak.. hehehe)

Perhatian
Dakaplah si manja dengan belaian yang menyenangkan agar si manja anda melalui hari-harinya dengan rasa bersemangat sekali. (yeszz mmg ni yang aku akan buat untuk beby rizqin. bila aku pelok n dodoikan.. homey2 kemain suka dia.. tido terus.. aura ibu tu lebih buat dia rasa selesa)

ibu sentiasa berdoa agar gigi beby rizqin cepat tumbuh. ibu tak sanggup tengok rizqin tido malam tak cukup n sentiasa merengek2 je 

nota chomell: mommies sekalian apa yang korang wat ms anak korang baru nak tumbuh gigi? sharing caring sket..

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥


No comments:

Post a Comment