nuffnang

Tuesday, November 19, 2013

selamat ulangtahun kelahiran Haaris Rizqin

salam semua

(entri terlambat update dan aku auto publish)

pertama sekali syukur kehadrat Ilahi. anak sulung aku da selamat menginjak usia satu tahun. macam2 hitam putih yang da kami lalui bersama. ada kalanya pahit dan ada kalanya manis. semua tu memori yang akan aku kenang sampai bila2. 

tujuan entri ni aku buat supaya satu hari nanti anak aku baca blog ni dan tahu bertapa aku sangat menyayanginya. anugerah Allah yang terindah dalam hidup aku. anak yang sangat mendengar kata dan sentiasa aku terhibur dengan gelagat dia. makin besar makin macam2 yang nak dibuatnya. Ya Allah aku bersyukur di atas kurniaan yang Engkau berikan.

untuk sambutan ulangtahun kelahiran ni aku buat sekadar yang mungkin. bersesuaian dengan bajet yang ada. ketahuilah anakku setakat itu je yang mampu ibu buatkan. tiada makanan mewah, tiada percutian mewah, tiada hadiah yang mewah cuma yang ibu dan ayahmu mampu beri ialah kasih sayang yang melimpah mewahnya. insyAllah ibu sedang berusaha untuk majlis aqiqah Rizqin pulak. ibu akan berusahan bayar hutang itu.

masa majlis ni semua makanan yang ada dimasak oleh kakak ipar, abang ipar dan mak mentua aku. aku hanya tolong2 semampu yang mungkin. kakak ipar aku ni memang pandai bab2 memasak. sedap2 sumenya. aku suka sangat. menepati citarasa anak tekak aku ni. 

makanan yang aku saji kat tetamu masa majlis rizqin ialah sate ayam, nasi impit berserta kuah kacang, rendang ayam dan daging, dan menu utama ialah nasi ayam madu. sedap sangat. semua tetamu memuji. 

kek besday aku oder 2 biji. rainbow kek dan kek karot. aku tempah kat Tasty Carrot Bakery dan Alhamdulilah tetamu sekali lagi memuji kesedapan kek yang dibuat. siap yang minta dan tanya address kedai tu. tenkiu pada owner kedai yang sentiasa memberi layanan yang terbaek kat customer ni. hehehee..

rainbow kek yang superb sedap

pandangan dari sisi kek

kek karot cheese.. ampun sedap bangat..

aku nak says sori kat korang semua sebab lambat up entri pasal besday ni.. bersimpan dalam draf lama sangat. untuk majlis kali ni memang tak de banyak gambar sangat.. kelam kabut weh.. ank bujang mengantuk dengan tetamu dtg sekalu ramai. tak terlayan aku. InsyaAllah next besday akan lebih proper dari ini..

aku tak ada idamkan majlis besar cukup sekadar mengucap kesyukuran yang usia anak dipanjangkan sehingga ke saat ini..

semoga anak teruna aku membesar dengan sihat dan menjadi anak harapan ibu dan ayah.. we love you so more much anak.. terima kasih kerana hadir dalam hidup ibu dan ayah..

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥♥

No comments:

Post a Comment