nuffnang

Tuesday, October 8, 2013

rizqin yang tak sihat

salam

(hurm kumpul kekuatan nak hapdep blog.. malas tahap maksima)

aku nak up entri yang lama..yang aku simpan sampai berhapak ni. nk cerita kisah anak bujang aku tu la.. kisah masa raya ritu. korang yang ada baca blog aku mesti taw kan. kan aku ada cerita beby rizqin tak sihat. rupanya anak aku kena penyakit campak yang halus2 macam ruam tu..

siksa weh.. aku yang tengok dia tak sanggup sangat. badan mengila panas. aku sentiasa sejukkan badan dia dengan air. kepala dia sentiasa aku basahkan dengan air. kejap je latak air teus tersejat air tu. menandakan badan melampau panas. tak pernah aku lihat anak aku camtu.. ni first time oke. mengigil gak aku nak handle. yela panas badan budak ni tak boleh buat main2. kang lain jadinya.

aku siap tepon MIL lagi creta pasal ni. dia ada ajak pegi berubat kampung. jadi aku follow je. kata ustaz tu badan anak aku ni berbisa. yela budak baru nak boleh segala bagai memang mcm ni. aku tengok ada la dia urut sket2. pas dia urut nampak oke sket beby rizqin. tapi ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

esoknya panas badan dia naik mendadak. lagi runsing kepala otak aku. kali ni memang aku tekad nak buat cara tradisional je. aku demah badan dia dengan air dan setiap 30minit mesti bw pegi bilik air. basahkan badan dia.. supaya cepat panas turun. Alhamdullilah dalam 3 hari je. hilang semua demam tu..

bila da baik demam baru aku perasan badan rizqin ada bintik2 merah yang super banyak. kebetulan masa tu ada check up monthly kat KK so nurse yang bgtaw anak awak demam campak ritu. pesyen campak ni bila da baek demam baru dia keluar. tu yang awal2 kita tak leh nak detect dan nurse bgtaw suhu beby akan melampau tingi dan naik mendadak. Alhamdulilah tak de pape yang jadi kat beby rizqin..

so aku nak tunjuk gambar masa kejadian berlaku :-

 masa cek suhu ni mengigil aku tengok. menakutkan..

 suhu da makin kurang. syukur Alhamdulillah..

muka beby rizqin masa ni kesian sangat, tengok mata, hidung dan mulut dia.. betol2 macam orang tak sihat.

bila anak sakit automatik kita as a parents akan terasa benda yang sama. masa rizqin tak sihat. aku memang tak lalu makan. runsing weh. apa aku masak kat rizqin pon dia tak mow makan. jenuh aku dok pikir.. yang asek diminta nak susu je.. susu buat sebotol penuh habis diminumnya. 

aku da cuba buat yang terbaek untuk rizqin. tanya la mana2 ibu pon. mesti tak nak tengok anak yang dikandung selama 9 bulan saket kan. aku pon tergolong dalam tu. setiap hari berdoa moga rizqin dijauhi dari sebarang penyakit. aku percaya Allah duga aku sebab Dia tahu aku mampu mengalas bebanan ni. sentiasa berpikiran positif.

salam sayang selamanya 
ibu rizqin ♥♥♥

nota chomell: besday rizqin berbaki lagi 5 hari.. aku pulak yang over excited.