nuffnang

Friday, October 11, 2013

puting apa yang anak korang hisap masa beby??

salam jumaat semua

nampak tak semangat berkobar2 ibu rizqin ni.. yela tak lama lagi usia anak yang disayangi nak melangkah ke 365 hari atau erti kata lain setahun la kan.. maka daku semestinya tergolong dalam golongan yang hepi kan..

syukur sesangat sebab Allah sentiasa memudahkan urusan aku dalam membesarkan beby rizqin. dia la segalanya buat aku dan encik suami. penyeri rumahtangga kami. setiap hari ada sangat benda baru yang dibuat. pengasuh dia pon suka sangat. kalu pegi memana siap minta izin nak bawa dia. daku okeh je..

tak nak berleter panjang lebar. tengak tajuk pon korang da boleh agak kan. aku mengaku masa nak latih beby rizqin isap botol kan. teramat payah okeh. aku pulak ibu muda memang tak ada pengalaman lagi2 la tak tahu kan. jenuh gak aku kebalkan hati untuk semua ni. mak aku siap pesan kalau nak ajar anak jangan ada rasa kesian nanti kita yang susah.

bukannya kita nak seksa ank tapi nak mengajar dia. mak aku cakap juga masa ajar anak isap susu botol ckp dekat dia dan minta maaf.. ibu terpaksa semua ni. nak cari rezeki lebih dan nak bantu ayah kukuhkan ekonomi keluarga. Alhamdulillah beby rizqin anak yang sangat memahami. cepat je dia belajar..

cakap pasal puting jugak dah macam2 jenis aku tukar. susah juga nak pahamkan budak2 ni. yela puting betol dengan yang tiruan mana sama kan.. meraung2 juga anak aku tuh.. tapi kejap je.. mak aku la tukang mengajarnya.

puting yang menjadi idaman hati rizqin ialah brand fiffy. sebelum ni jenuh mencari hokeh. puting ni lembut sangat dan bila beby hisap ala-ala mcm isap puting ibunya la. yang penting puting ni anti colic. Alhamdulillah anak aku tak ada masalah dengan ni..aku bersyukur sesangat..

puting - Orthodontic shape

insyaAllah untuk adek beby aku akan didik awal2 supaya tak keliru puting.. aku kan ibu bekerja memang banyak pengorbanan yang diperlukan. tak per aku yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. insyaAllah aku yakin dengan kesabaran aku selama ni. tak ada yang lebih penting dari mereka kesayangan aku.

nota chomell: lagi dua hari je weh

salam sayang selamanya
ibu rizqin ♥♥♥


No comments:

Post a Comment