nuffnang

Thursday, March 28, 2013

jangan amik mudah yer...

Salam uollss..

Iolls ni da tak ada kata2 yang dapat aku gambarkan bila anak aku jatuh dari katil. Atas kelalaian aku juga.. maafkan ibumu ni  sayang.. sungguh2 aku nages bila ingatkan sume ni.. debar2 hati aku memikirkan.. opkos bila ni terjadi ibu2 sekalian akan risau kan.. ibu muda mcm aku ni baru belajar nk menjaga da nampak kelalaiannya.. acaner nk tambah cawangan ahli lagi ni.. moga nk ni menjadi iktibar wat aku dan incik somi..

So, aku dengan gigihnya mencari la maklumat bila insiden jatuh katil ni terjadi dengan bantuan incik gogel yg ensem lg bergaya =)

Berikut adalah maklumat yang perlu diketahui apabila kanak-kanak terjatuh:

  • Posisi jatuh?
  • Bahagian yang terhantuk tingkat: muka, kepala, atau bahagian badan lain?
  • Apakah anak pengsan, berapa lama?
  • Adakah benjolan di kawasan kepala?
  • Adakah patah tulang: leher, bahu, lengan, atau kaki?
  • Adakah sakit kepala atau muntah?
Sejurus selepas anak jatuh, ibu bapa seharusnya melakukan pemeriksaan sendiri seperti berikut:

  • Pastikan keadaan anak sama ada sedar atau tidak dengan memanggil namanya atau menggoyangkan badannya.
  • Rabalah seluruh bahagian kepalanya dengan sedikit penekanan bagi memastikan terdapatnya benjolan, kesakitan, atau "dekok" (fraktur mampatan) di kepala.
  • Jika ubun-ubun belum tertutup, rabalah ubun-ubun dan pastikan sama ada ia membonjol atau tidak. Ubun-ubun yang membonjol menunjukkan adanya peningkatan tekanan dalam otak, boleh berlaku kerana pendarahan.
  • Gerakkan kepala, dan tangan kakinya untuk memastikan tidak ada patah tulang leher, bahu, tulang belakang.
  • Perhatikan dengan teliti: mata, kelopak mata, raut wajah atau senyumnya adakah perubahan?
  • Pastikan penglihatannya tidak terganggu.
Bawalah anak anda ke hospital/klinik untuk pemeriksaan lanjut apabila mendapati simptom-simptom berikut:

  • Anak menjadi tidak sedar atau tidur terus.
  • Anak menjadi delirium, bingung, dan meradang.
  • Kejang / kelumpuhan pada wajah.
  • Sakit kepala atau muntah secara konsisten atau semakin bertambah.
  • Terdapat simpulan pada leher.
  • Timbul benjolan di kepala terutamanya disekitar tempurung kepala.
Di hospital sebaik-baiknya lakukan pemeriksaan CT scan kepala untuk memastikan jika berlakunya pendarahan otak. Pemeriksaan ini dilakukan apabila disyaki adanya pendarahan otak dan yang mana pasa kebiasanya tidak akan terjadi serta merta. Ini kerana, pendarahan otak terjadi dalam keadaan sedikit demi sedikit. Anak yang mengalami pendarahan otak ringan biasanya tidak akan mengalami gangguan perkembangan di kemudian hari. 

Langkah-langkah Pencegahan bagi mengelakkan kejadian jatuh dikalangan anak-anak terjadi:

  • Untuk bayi yang kurang daripada 6 bulan, apabila sudah boleh berguling, seelok-eloknya diletakkan ditempat yang selamat ketika tidur / berbaring. 
  • Bila anak sudah boleh berdiri, berikan pelindung di tempat tidurnya.
  • Bila anak sudah boleh berlari, awasilah dengan ketat dan sepatutnya.
  • Elakkan penggunaan baby walker tanpa pengawasan orang dewasa.
  • Pastikan keadaan lantai bebas licin.
  • Pastikan anak-anak kecil disekitarnya bermain dengan baik dan tidak membahayakan sesama sendiri. 
 penyeri rumahtangga aku

Syukur Alhamdullilah, my debot takde menunjukkan kesan2 negatif dan masih aktif seperti sediakala.. InsyaAllah.. Arap pas ni aku lebih berhati2 dalam mengawal n menjaga si kecik yang makin lasak.. no words except fer Alhamdullilah kerana anak aku bebas dari segalanya..

No comments:

Post a Comment